MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Wednesday, June 30, 2010

SEKADAR INGATAN UNTUK ORANG-ORANG ISLAM


LAFAZ MEMBERI SALAM

Ilmu utk dikongsi bersama:
Ustaz Zawawi ada citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi SALAM. Baginda memberi salam dgn lafaz 'Assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Beri salam - 'Assalamualaikum' Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'..Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim salam assalamualaikum pada Mat ye' contoh lerr..
Bukannya : 'Kirim salam kat Mat ye' Dan bukannya 'Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'..Maksud singkatan 'A'kum'Assalamu'alaikum Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.. Sesama lah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN. Sekiranya ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni..


RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat&masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila&masuk kepadanya sembuh dr penyakit.
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya & masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
"Setiap pagi hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
*Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
*Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
*Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
*Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
*Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Thursday, June 24, 2010

SpOrTs iS My LiFe..(*,*)

Istilah sukan ni macam2 kte leh tafsirkan..tapi ape yang aku leh jelaskan kt sini "Sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan bagi pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya". Di sini kite kongsi bersama kat sni adalah amalan gaya hidup kite..Cube kita bygkan mase muda ni kite lbh byk habiskan mase ngn benda2 yg xberfaedah. Contohnye men game, chatting, merempit, hisap ganja, hidu gam, bercintan xingat dunia, mencuri dan sewaktu dengannya. Kemudian, benda yg baik cam bersukan ni kite abaikan..Konon2nye dgn bersukan ni kte leh dapat banyak cedera, malulah, itamlah, penatlah, berpeluh xske lekit..huh..slh smua tu..Dari muda la kte kena jg kesihatan. Ble dah tua nnti, kite baru tau kesan & akibatnye..Semua ini akan berlaku dlm setiap kehidupan kite..Manusia xakan lari dari segala penyakit namun, kita harus pikir bahawa setiap ape yg dtg tu mesti ade sbbnye.."prevention is better than cure".

Aku memang kena hidup dengan sukan..Tanpa sukan cam hidup xbermakna..huhu.. Biarlah ape org nak kata..aku itamlah..tp ape yg penting, dalam hidup aku. Aku puas dan ape yg aku lakukan smua itu adalah benda yg akan memberikan kebaikan pada diri aku sendiri. Percayalah kepada kawan2 yg xsuke bersukan. Cube kamu berjoging dlm mase 10-15minit sehari @ sampai berpeluh pn jd la. Kesan pd awal mmg kite akan rase lesu & letih ble bgn pg. Tp bg kesan jangka masa pjg, kite akan mendapat kesihatan yg baik samaada dr segi fizikal mahupun mental. Bg aku klo xkua peluh sehari, bdn aku jd lemah & lesu, otak pn jd cm xcerdas....huhu

Aku ni seorang graduate UM in Sports Science. Then continue study in edu at UPSI in PJK. So aku mmg kne hidup ngn sukan la sng citer..Macam2 sukan dh aku ceburi cthnye Olahraga (Sprinter), Ragbi dan Boling Padang. Ni skn yg btl2 aku aktif time study kt UM tp ble kt UPSi aku leh join sukan Bola Jaring..huuhu..tula, klo kte nk bersukan..kte xleh malu & pandang rendah pd sukan lain. Dalam byk2 sukan yg aku ceburi..Sukan LawnBowls la yg banyak bg aku kenangan paling manis..3tahun mewakili UM..Hatriks terus dpt champion..even sblm tu mmg xpernah pegang bola tu..tp aku bersyukur kerana dpt team yg hebat dgn coach serta manager yg plg TERBAIK aku ade spnjg karier aku bersukan..Ucapan takziah dan sedekahkan Al Fatihah buat manager aku sekeluarga "Arwah Uncle Lobo" dan "Uncle Din" meninggal dunia kerana sakit. Semoga rohnye dicucuri rahmat hendakNya..Amin! Jasa Kalian Tetap DiKenang..Maafkan Kami Smua..

Alhamdulillah dengan ilmu aku pelajari sebelum ni, akan aku gunakan utk diri ku serta kawan2 smua bg yg ingin dptkn nasihat serba sikit maklumat ttg sukan. Kalau nk tau, aku ni dlu seorg yg tak suka mkn bnda2 berkhasiat sprt sayur, kini aku dh gemar mkn then mknn yg berkhasiat pn aku dh amalkan. Kadang2 kte leka & xpeduli dgn PIRAMID MAKANAN tu tp, sebenarnya itulah diet seimbang untuk penjagaan kesihatan tubuh badan kita. Amalkan gaya sihat dgn berjoging @ berbasikal @ berenang 3kali seminggu. Ia adalah cara terbaik utk kite capai sesuatu gaya hidup yg sihat sepanjang hayat. Jadi "AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT"..

Wednesday, June 23, 2010

MAk BaPaK SeKaRaNG..


Aku ade terbace satu artikel ni..ia menceritakan tentang "Kebebasan Mudaratkan Anak & Kongkongan Menjadi Liar". Persepsi ibubapa skrg ni berbeza2 semasa didik anak2 mereka. Ramai yg percaya didikan dlm bentuk kebebasan bertindak & berfikir secara kreatif adalah kaedah yg baik. Tapi, ada yg kecundang akhirnye..kerana kebebasan itu memakan diri sehingga anak2 tdk blh berdisiplin ikut undg2..

Kebanyakan anak2 skrg disuruh utk pilih jln sendiri samaada mereka sembahyang @ x then, aurat nk tutup ke x, mengaji Al-Quran @ x, suka wat sesuatu bnda ikut kehendak sendiri krn ibubapa beranggapan bhw agama adalah kesedaran hati bukan paksaan. Dengan persepsi cmnilah akan bg kesan pd anak2. "SEOLAH2 MEMBIARKAN ANAK SENDIRI SESAT DI TENGAH HUTAN YANG GELAP TANPA BIMBINGAN TANGAN & SULUHAN CAHAYA UNTUK MENCARI JALAN KELUAR". Hanya ibubapa yg bodoh saje akan biarkan anaknya dibaham harimau atau tenggelam dilautan maksiat..Mereka yg berfahaman bebas didik anak, perlu bersikap adil & rasional. Anak2 tumbh dgn persekitarannya, jika sekelilingnya sumber maksiat terlalu kuat mengapa xsediakan juga sumber2 mata air keimanan & ketaqwaan.

Oleh itu, lawan dr bebas adalah kongkong..iaitu memenjarakan jiwa anak2. Anak xpunyai peluang dan bebas langsg utk memilih, semua diatur dgn disiplin yg ketat bahkan perkara yg menjadi keperluan jiwanya sama sekali diharamkan walaupun agama menghalalknnye..Bahaya gak klo kongkong anak2 keterlaluan kerana ianya mendera emosi dan fizikal secara senyap. Agama melarang perbuatan mengeksploitasi anak, memaksakan kehendak kpd anak & menafikan hak mereka utk bergembira, bermain dan berhibur..

Motif kt sni..aku mmg agak terkilan dgn segelintir ibubapa yg terlalu turutkan kata2 anak2 mereka tanpa memikirkan kesannya..ataupun terlalu mengongkong anak2 mereka..Ape yg jelas kt sni kebanyakkan ibubapa skrg lebih pentingkan kerjaya drpd keluarga. Ini menyebabkan anak2 muda skrg terabai dan terlalu bebas dgn pengaruh2 luar..so, kepada ibubapa or bakal2 yg ingin menjadi ibubapa..jgn pikir mudah utk memperoleh anak2..aku ade 1 pengalaman bru2 ni..adela 1kluarga tu..duk sblh umah sewa aku, mak ayah kje then anak xde org jg..ble blk mlm2 tu, ske sgt marah2..aku pn xphm..cian aku tgk anak2 dia..dhla xdpt kshsyg yg sempurna then selalu kne maki..bahasa kasar plak tu..aduii..cmne anak tu nk jd org yg baik klo ibubapa cmtu..klo yg mengongkong plak, anggap ank mereka baik sgt cz ape yg disuruh akan ikot..tp xtau disebalik tu, mereka akn lepaskan kemarahan mereka utk bebas & memberontak apabila kua dr umah samaada kt skola atau jmpa kawan2..so ble org ngadu kt kluarga dia..sebaliknye plak akan dimarah oleh kluarga mereka kt kte..tu yg berlaku zmn skrg ni..

Jika ditanya, sejauh mana anda mengenal ank sendiri, apakah jawapannye? Mungkin ramai yg ternganga krn xsedar bhw anak2 mereka cpt berubah. Gerak ati & perkembangan otak jauh melampaui kata hati kita. Hubungan kte dgn anak2 bagai wayar xb'smbg, mereka dgn dunia & kita pula dgn dunia kte sendri. Mereka perlukan perhatian, bercerita then kte mls nk lyn. Mereka suke bermain, kte plak xde masa. Mereka suke bersukan, kte plak takut dia cedera. Mungkinkah kita sebagai orang tua mereka perlu mengorbankan masa utk 1jam saje setiap malam sebelum tidur untuk mendengar curahan hati mereka ttg ape saje yg dialami pd hari tesebut?Atau sekian saat untuk dakap mereka sblm pergi ke sekolah @ lima waktu sehari smlm berjemaah kemudian cium dahi mereka lps solat. Atau minta maaf jika anda xpenuhi janji & beri pujian even dia gagal. kini, ramai ibubapa yg ego kerana kekok utk peluk, cium dan minta maaf kpd anak2. Terlalu keras hingga hempas maruah anak sendiri dgn kata2 keji, hina dan maki yg melampau. Ada gak yg takotkan anak mereka dgn gelaran ahli NERAKA jika xsolat, mengapa xpujuk mereka dgn khabar gembira ttg SYURGA bg beramal? Sebelum terlambat..ubahlah gaya didikan anda!Hargailah anak setinggi nilai SYURGA, kerana merekalah anda layak mendapat SYURGA dunia & akhirat.

Monday, June 21, 2010

mY VioS TrD oR KiA FoRTe



xdpt nk bli BMw..target keta ni la..huhu..posting ni..kumpul wit..nk angkat 1..blh ke x..mmg nk..haha..adui..mcm2 angan..posting xtau ble & ktne..keta oh keta...tgu eh..

Saturday, June 19, 2010

SeLaMaT HaRi BaPa SeDuNia..

Assalamualaikum wbt, aku mulakan coretan ini dgn lafaz kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim, puji2an kpd Sang Pencipta seluruh alam, sahabat2ku penghuni di muka bumi ni, semoga sentiasa di bawah lembayung rahmatNya insyaALLAH...

Tanggal 20 Jun..Hari ni terdetik dihati ingin mncoretkan bingkisan khas buat semua kawan2 & saudaraku yg bergelar seorang anak..Bersempena dengan Hari Bapa Seluruh Dunia..ku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk bapaku En Ali Bin Samah dan En Ali Bin Sakiman..erm, jgn slh anggap sy dh berkahwin cz ada 2 bapa. Tapi, ni secara kebetulan..nama ayah kandung aku sama dgn ayah angkat aku..cam best je banyak ayah ek..yola..tu lum dpt bapa mertua lg..huhu..



Sebagai anak, sepatutnya kita memberikan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih yg x terhingga kepada ibu dan ayah kita kerana melahirkan kita ke dunia ini, ucapan terima kaseh x terhingga kerana menjadikan Islam sebagai agama kita, sabda Rasulullah s.a.w “Semua bayi terlahir di atas fitrah. Maka kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Bukhari) bersyukurlah kita nikmat islam yang kita ada, dan berusahalah kita agar dapat kita menjadi islam yg sebenar-benarnya. Alhamdulillah..

Rasulullah s.a.w juga pernah ditanya, “Wahai Rasulullah, Amal apakah yang paling dicintai Allah?” maka Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Kemudian baginda ditanya lagi apakah amal yang paling dicintaiNYA sesudah itu. Maka baginda pun menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua” (HR. Bukhari) maka taatilah ibu ayah kita selagi mereka masih ada, dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan x kira mereka masih ada atau tiada kerana sabda Rasulullah s.a.w "Apabila meninggal seorang Anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh"... doa kita sebagai anak itu adalah perlu utk ksjhteraan ibu ayah kita yg telah tiada...Sebagai anak, kita haruslah sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka serta menjaga ati & perasaan mereka..Semoga dihari bapa ini kita dapat kongsi bersama mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang anak yg baik, bukan sahaja melafazkan kata2 kepada mereka tp kita perlulah menunjukkan kasih syg kte kpd mereka selagi mereka masih ada di dunia ini..menyesal dahulu pendapatn, menyesal kemudian tidak berguna..Selamat Beramal...Salam..

Friday, June 18, 2010

Luv & Misz Myself..


Haha..lawak2..sayangi diri sendiri terlebih dahulu lg baik dr menyayangi org lain. Dah brp ari aku xsempat nak post sumthing kt blog aku. Aku xberapa nak sihatla.. Slalo sgt kne flu..tp bkn H1N1..huhu..mtk2 jauhkanlah. Muda lg ni..OPs..yeke..yela xkwin lg ni..kwin je ingt!!xla..bru nk start kerjaya..kwn2 len smua dh berjaya dlm hidup..alhamdulillah. Aku doakan korg smua bahagia dgn keje dan kluarga masing2.. Sebenarnye aku boring sgt2 skrg ni..duk umah cm pompuan..huhu..xtau nk wtpe lg..nk tnm pokok pn, cuaca asyik xmenentu..Nk g kua jln2..duit semakin surut.huhu..posting oh posting..ble kah aku akan dipostingkan...then ble dh dpt posting, 3bln xde gaji.. waduh..ape harus aku wat. Bln8 pose then bln9 raye..duit lg..huhu..nk cri kje kang.. bru stat kje dh kne pggl posting..wahai UPSi dan KPM berilah kami jawapan@informasi mengenai posting ni..aduyai..xsanggup den nk menunggunye..huhu.. erm, td lyn al kuliyyah..huhu..cm bek je..ble kupas isu taubat ni, smpai esk pn xabih2..so sebagai umat Islam dan orang melayu..aku sedar akan kesilapan aku selama ini..aku akan berubah kepada yang lebih baik..InsyaAllah..kdg2 aku malu ngan bangsa aku sendiri.. Betulla pepatah DR M.."Melayu Mudah Lupa"..kita kdg2 leka smpai kte xsedar sape diri kte..aku malu ngn bangsa aku skrg ni..termasuk diri aku..banyak orang kita dh jauh hanyut ke landasan yang slh..aku ingat kata2 kwn aku yg berbangsa cina ni.."Aku bukan ape beb, aku tgk bdk Melayu ni minum air setan, main pompuan, judi smua tu xberingat..pk enjoy je kat dunia ni..akhirat xpernah nak tau"..aku terkedu sekejap. Peh bangsa lain pn blh ckp cmtu..xkn kte org Melayu beragama islam lagi xpernah terpikir akan dosa-dosa yang kte lakukan. Memanglah smua ckp, relax r muda lg..nnti leh taubat. peh..Sesungguhnye..Tuhan itu Maha Berkuasa lg Maha Adil..klo dia nk tarik nyawa kita..xkire di mana dan ble2 sje.. Nauzubillah. Harap kawan2ku sedar dan jgn terlalu leka..kita dh byk wat kesilapan..ayuh same2 kte meminta keampunan dari Nya dan bertaubatlah..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lg Maha Mengasihani..

Tuesday, June 15, 2010

WoRLd CuP 2010



Kali ni kite kongsi sikit tentang sejarah Piala Dunia FIFA atau selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia. Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga. Pusingan akhir Piala Dunia yang berikutnya bakal berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai, 2010.

Pada kali ni, saingan awal setiap negara belum menampakkan taringnya..hati aku tetap pada sepanyol..Namun, dalam kejohanan kali ni negara Jerman saje yg btl2 sudah menunjukkan kesungguhan, setelah membelasah Australia dengan jaringan 4-0. Walauape pun, perjalanan masih jauh kerana ni bru pusingan awal..Bagi aku mng atau klh tu smua adat pertandingan tp yg jelas adalah semangat sepasukan untuk mengharumkan nama negara tu lg penting..Semangat yang ditonjolkan terutama negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara perlu ditiru oleh pemain Negara kita kerana saiz badan bukan menjadi satu ukuran dalam sesuatu pertandingan...ape yang penting adalah niat kte utk mewakili negara bagi kebanggaan rakyat dan bukannye untuk mempromosikan diri serta mengejar kemewahan semata-mata..baru mng emas sukan sea yg berpuluh tahun xdpt dh nk berbangga cam ape..klo btl2 nk berjaya, kte kne pasang matlamat dalam diri bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan tu bukan mudah tanpa ada usaha dan pengorbanan yang sejati..ayuh pemain Malaysia bangun dan bangkit dari lamunan.. Kritikan yang dilemparkan adalah sebagai satu bonus untuk terus maju ke hadapan..jgn jadikannye sbg satu alasan untuk menyalahkan orang lain..

Monday, June 14, 2010

KeBaHaGiaaN DaLaM PeRPiSaHaN

Salam teristimewa wat sahabat ku smua..semoga ape yang ingin aku smpaikan ini akan dapat kte kongsi bersama..saat pertama aku mendengar lagu ni...erm,,ntah pape..tp ble aku alami ape yg ada tersirat dalam lagu ni..terus aku tersedar bahawa ape yg tercatat dalam diri ku sejak kebelakangan ni same dengan ape yg dinyanyikan oleh shahir..aku pn xknl sape..maklumlah bukan peminat AF..huhu..namun, aku sedar datangnye kebahagiaan itu apabila kte terpakse melepaskan sesuatu yg kita syg dan harapkan..kadang2 ape yg kita impikan xsmua akan dpt tanpa ada cabaran serta rintangan..kekuasaan Allah s.w.t. tu amat besar untuk kita tempuhi..sesungguhnya kita sebagai insan yang terlalu lemah ini, haruslah sentiasa bersama Nya untuk melalui semua ini bagi mendapatkan sesuatu kebahagiaan...anggaplah ape yg telah terjadi tu smua dugaan dari Nya serta ada hikmah disebaliknya...

video

Cube kita hayati lirik ni betul2..

"Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum..Bunga yang layu pada musim luruh..Yang dulunya mekar disinar suria..Bila sudah kering pasti akan gugur..Seperti cinta kita yang jelas ternyata..Semakin lama semakin rekah..Menimbulkan tanya apa mungkin kita..Temu kebahagiaan dalam perpisahan"..so sape yg kwn2 ku yg sdg dilamun cinta..klo syg kt bf or gf tu biarlah berpada2..means..janganlah tunjukkan syg tu berlebihan sgt2..klo dh xsuke & membenci pn jgn smpi dendam bermusuhan..kerana 1ari nnti kamu akan temui kebahagiaan dalam kehidupan yg nyata..(*~*)


Sunday, June 13, 2010

KERETA IDAMANKU...


Sejak kecil lagi aku impikan kereta BMW..lagi2 yg mata helang ni..5series kn..aku sgt teruja kali pertama dilamar utk naik keta ni..huh..terkezut gle.."adakah aku bermimpi..aku siap tepuk dahi lg"..huhu...tp aku xmimpikan..btl tu..erm..klo xdpt nk pkai keta ni pn xpe tp dh dpt naik pn jdla kn..nway..aku akan dapatkan ape yang aku impikan disuatu hari nnti..smoga segalanya berjalan dengan baik utk aku trskn usaha menjadi seorang pendidik...;)

Saturday, June 12, 2010

SeNyUm...


Senyum itu adalah penawar duka..orang kita ble kte senyum semua masalah kadang2 blh ilang...betul ke..huhu..yela..ble senyum smua orang akan suke..tp bukan senyum gedik2 tau..huhu..Cube kita hayati lirik lagu ni..
Senyum Seindah Suria...Yang membawa cahya, Senyumlah dari hati, Duniamu berseri...
Senyum Umpama Impian, Dalam kehidupan, Kau tersenyum, Ku tersenyum Kemesraan menguntum..
Senyum...Kepada Semua, Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum...Membahagiakan, Dengan Senyuman terjalinlah ikatan...
Jadi..SENYUM..Selalu..;)

Thursday, June 10, 2010

Coretanku...

Aku ni seorang yang periang..tp sejak kebelakangan ni aku suke menyendiri dan rase sedih je..erm myb aku teringat kt seseorang..dlm hidup aku ni byk yang aku impikan xdpt lg...myb aku ni terlalu cerewet..tp xgak cz aku dh mkn sayur..huhu..walaupun aku dibesarkan oleh kluarga angkat tp aku bahagia..perjalanan hidup aku ni umpama seorang yang memperolehi sesuatu takdir tanpa disedari dan terdapat hikmah disebaliknya...betulla dari aku lahir lagi dh dijaga oleh kluarga angkat..then, aku xprnh ada cite2 nk msk 'U'..skali masuk smpi 2 'U'...jd ckgu..aduyai..jauh sgt ngn ape aku impikan..tpkn smua tu takdir...1more..sape2 yg pernah hadir dlm hidup aku, terutama wanita2 yg dh bhgia skrg..aku happy sgt.,,korg smua dh bhgia bersame org tersyg..kwn2 yg byk terase ngn sikap aku..aku mtk maap..mmg aku ni kdg2 xbtl ckt time bz2..phm2la..bdk kg ble dh msk bndr..duk kl plak tu..dkt 4thn gak...sng ckp pas aku msk UM..byk gak tmpt aku merantau..means..g jaln2 kua dr jhr la...dlu.. dr drjh 1 hingga form6...jhr jela aku duk..xberkembang lgsg..huhu..tp skrg aku dh smkn dewasa..dh pikir ke arah masa dpn..kwn2 pn byk sgt yg dh berjaya..samaada dlm pekerjaan mahupun perkahwinan..mane xnye..aku calon pn xde...diorg anak 2,3 lg..huhu...hidup oh hidup..ape pn byk sgt aku dh blajo ngn smua ni..hrp2 kebahagian tu akn dtg kt aku satu hari nnti..Doa2kn lah yerk kwn2...Daaaa...

RuBiK CuBe...


Kalo sape xtau pe benda ni..g kt kdai then bli la..ada yg murah & ada yg mhl..uhuhu..ni permainan nmpk je cm bdk2..tp ianya amat mencbr minda n jiwa..huhu..aku mula terjatuh ati men benda ni, time kt skola aku prac..kt sna bdk2 mmg hbt gle..yg ni cube 3x3..diorg men 4x4 ngn triangle..huh..mmg power diorg..hasil drpd ape yg aku wt time prac..akhirnya, dpt gak aku khatam men bnda ni bersma kwn prac aku iaitu keny..huhu..skrg aku cube trnkn ilmu ni kt anak buah aku.. sementara nk tgu posting ni aku tlh mengkhatamkn 2org anak buah aku...bangge beb..sape nk join..cube2la roger aku..best tau dh selesaikan dlm mase yg singkat...sje nk kongsi pengalaman...chaiyok...huhu..

Tuesday, June 8, 2010

@pa YaNg DiCari DaLaM HiDuP iNi...

Amik masa sikit..cube kita pikir sejenak..Kadang-kadang apa yang kita inginkan dalam hidup kita tidak semuanya akan dapat...Adakah kita akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan Negara atau semata-mata bagi melepaskan nafsu untuk bersuka ria saje..kadang-kadang kita juga leka dengan kerjaya yang kita ceburi, sedangkan hal akhirat kita tak endah langsung kerana mengejar wang semata-mata kemudian, bekalan untuk ke akhirat kita lupe..Dengar gak ada orang cakap "biar la kita hidup ni bersederhana dalam mencari harta benda, begitu juga bersederhana dalam melakukan ibadah"...takut nanti kita terlalu taksub dengan semua itu sehingga kan ape yang kita impikan tak dapat..Fikir dan Renungkanlah...

CiNta..

CINTA...Ape itu cinta..huhu..CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.

Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.

Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” – Mutafakun alaih.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT



Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti ke akhir hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan kepada individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Agama Islam sendiri amat menggalakkan setiap umatnya menuntut ilmu sepanjang hayat, dan institusi pondok yang subur di negeri-negeri pantai timur dan utara semenanjung dalam dekad-dekad awal sebelum perang telah melaksanakan konsep pendidikan ini.
Oleh itu, kita digalakkan untuk meneruskan pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengenal usia mahupun di mana sahaja.