MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Monday, November 22, 2010

Majlis Ikatan Mesra SMK Bandar Seri Alam 2010


Tanggal 20 November 2010, aku bersama guru-guru SMK Bandar Seri Alam menyambut majlis jamuan akhir tahun di 0ctville, Golf Resort, Bandar Seri Alam. Terasa sangat gembira kerana setelah sekian lama xdpt join majlis seperti ini selepas habis belajar. Walaupun majlis ini bersederhana namun, ia sangat bermakna untuk aku dan guru-guru lain. Kenangan paling manis & pahit juga perolehi apabila aku dikehendaki membuat persembahan iaitu menyanyi bersama rakanku zahir..huhu..lucu gle cz 1st time menyanyi secara live..huhu

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum w.b.t kawan2 blogger.. Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Mesti korang tertanya2kn..huhu...saje perasan sendiri.

Maklumlah bila dh mula kerja so, agak sibuk sikit. Aku meluangkan sedikit mase untuk coretkan sedikit pengalaman di pagi raya kali ni.. Mulanya, aku bersama rakan2 lain pergi ke Masjid tp untuk menolong orang kampung sembelih lembu. Malangnya, aku dtg dgn memakai baju raya..huhu..so aku pn berkorban la tenaga untuk melihat sahaja.huhu. walau ape pun, kira ok la gak sebab menolong, dari duk umah je xwat pape..huhu. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha untuk rakan2 blogger dan sekalian yang mengenali diri ini..Semoga dengan raya qurban kali ini kita akan lebih berusaha untuk berkorban dari segi masa, tenaga dan apa jua segalanya untuk meningkatkan kualiti hidup bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar ini. Aku juga ingin berkongsi sedikit pemahaman aku mengenai istilah Qurban dan juga Akikah. Ayuh sama2 kita baca dan fahami...

A. Ibadah Kurban / Qurban

Ibadah kurban adalah suatu kegiatan penyembelihan / menyembelih haiwan ternak yang dilakukan pada tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau dikenali hari tasyrik / hari raya haji / Aidil Adha dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT.

Hukum ibadah kurban / qurban adalah sunat muakkad atau sunah yang penting untuk dikerjakan. Waktu pelaksanaan acara qurban adalah dari mulai matahari sejarak tombak setelah solat Aidil Adha tanggal 10 bulan haji sampai dengan matahari terbenam pada tanggal 13 bulan haji.

Haiwan ternak yang boleh dijadikan haiwan qurban / kurban :
- Kambing biasa dengan umur lebih dari dua tahun
- Biri-biri dengan umur lebih dari satu tahun atau pernah ganti gigi.
- Kerbau / lembu dengan umur lebih dari dua tahun
- Unta dengan umur lebih dari lima tahun

Syarat-syarat sah pemilihan haiwan kurban yang boleh menjadi qurban :
- Badannya tidak kurus kering
- Tidak sedang hamil atau habis melahirkan anak
- Kaki sihat tidak tempang
- Mata sihat tidak buta / cacat lainnya
- Berbadan sihat wa'alfiat
- Kurap / daun telinga tidak terpotong

B. Ibadah Aqiqah / Akikah

Akikah adalah suatu kegiatan penyembelihan / menyembelih hewan ternak sebagai tanda rasa syukur kepada Allah SWT kerana mendapatkan anak lelaki mahupun perempuan selepas lahir). Hukum pelaksanaan acara aqiqah adalah sunah / sunat bagi orang tua atau wali anak bayi yang baru lahir tersebut. Akikah dilakukan pada hari ke-tujuh setelah kelahiran anak. Apabila belum mampu di hari ketujuh, di hari setelahnya juga tidak apa-apa.

Jumlah haiwan ternak untuk akikah berjumlah dua ekor kambing untuk anak lelaki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan / wanita. Apabila hanya mampu menyembelih satu ekor kambing untuk anak lelaki tidak mengapa, apa yang penting ikhlas dan untuk mendapatkan redha dari Allah SWT. Haiwan yang dijadikan akikah adalah sama dengan haiwan untuk kurban dalam hal persyaratannya.

Aqiqah memiliki tujuan untuk meningkatkan jiwa sosial dan tolong-menolong sesama tetangga di lingkungan sekitar, menanamkan jiwa keagamaaan pada anak, sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan kepada kita selama ini.

Saturday, November 6, 2010

Kaedah & Posisi Sihat Di Hadapan Komputer


Ketika kita menggunakan komputer dan kadang-kadang kita merasakan rasa letih, kebas khususnya dibahagian tangan, atau mata terasa penat, dan ini terjadi disebabkan oleh diri kita kerana salah dalam mengadakan posisi betul pada anggota tubuh kita.

Mungkin ada baiknya kita mulakan dari sekarang mengatur untuk letak komputer atau posisi tubuh kita ketika menggunakan komputer, tambahan lagi jika kita sering menggunakannya dan terlalu lama penggunaannya. Bagaimanakah posisi sihat tersebut? Berikut ini beberapa kaedah yang boleh kita terapkan dan amalkan :

1. POSISI TUBUH BADAN

Badan pada posisi tegak di depan komputer dan jarak pandang antara mata dan monitor antara 45-70cm.

2. LETAK POSISI KOMPUTER

Bagi pengguna komputer desktop, sesuaikan posisi keyboard, monitor, dan mouse agar kita bisa mendapatkan posisi yang sesuai untuk tubuh kita seperti dalam gambar1.

3.PENGGUNAAN "MOUSE"

Ketika menggunakan mouse usahakan agar pergelangan tangan berada pada posisi tidak tergantung atau lebih rendah dari mouse. Usahakan agar posisinya sejajar antara pergelangan tangan dan mouse. Posisi jari tangan usahakan agar selalu lurus ketika ‘idle’.

4. PENGGUNAAN "KEYBOARD"

Seperti pada penggunaan mouse, ketika menggunakan keyboard usahakan agar selalu sejajar seperti terpapar dalam gambar.

*Usaha ini perlu diamalkan serta diambil tindakan sepenuhnya untuk memastikan tubuh badan kita sihat bukan untuk dalam jangka masa yang pendek sahaja tetapi untuk ke hari tua kelak..SELAMAT MENGAMALKANNYA..

~KEBAHAGIAAN~


Hidup ini sangat indah sekiranya diri kita sering dilimpahi dengan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak...Kebahagiaan itu lahir dari perasaan dan hati yang luhur menerima seadanya dan bukan untuk meminta atau berduka tanpa mengatakan kehancuran dalam diri. Ia bererti menerima apapun yang datang, dan selalu mengatakan kepada diri sendiri “Aku bebas dalam diriku”. Kebahagiaan itu bererti membuat orang lain bahagia. Padang rumput yang penuh dengan bunga memerlukan pohon-pohon di sekelilingnya. Kelilingilah kehidupan ini dengan penuh kebahagiaan.

Kebahagiaan juga lahir dari menerima orang lain sebagaimana adanya iaitu dengan menyatakan keinginan mereka bukan sebagaimana adanya. Betapa akan membosankan hidup ini jika setiap orang adalah sama. Bukankah taman pun akan tampak janggal bila semua bunganya berwarna yang sama?

Kebahagiaan datang kepada mereka yang memberikan cintanya secara bebas, yang tidak meminta orang lain mencintai mereka terlebih dahulu. Bermurah hatilah seperti mentari yang memancarkan sinarnya tanpa terlebih dahulu bertanya apakah orang-orang patut menerima kehangatannya.

Rahsia kebahagiaan adalah menjaga agar hati Anda terbuka bagi orang lain, dan bagi pengalaman-pengalaman hidup. Hati laksana pintu sebuah rumah. Cahaya matahari hanya dapat masuk bilamana pintu rumah itu terbuka lebar. Rahsia kebahagiaan juga memahami bahawa setiap persahabatan jauh lebih berharga daripada sejenis barang, ia lebih berharga daripada menguruskan urusan sendiri, lebih berharga daripada berbohong pada kebenaran dalam setiap perkara! yang tiada prinsip dalam setiap kehidupan. Berbahagialah kamu dengan diri anda terlebih dahulu sebelum membahagiakan orang lain..