MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Tuesday, June 15, 2010

WoRLd CuP 2010



Kali ni kite kongsi sikit tentang sejarah Piala Dunia FIFA atau selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia. Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga. Pusingan akhir Piala Dunia yang berikutnya bakal berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai, 2010.

Pada kali ni, saingan awal setiap negara belum menampakkan taringnya..hati aku tetap pada sepanyol..Namun, dalam kejohanan kali ni negara Jerman saje yg btl2 sudah menunjukkan kesungguhan, setelah membelasah Australia dengan jaringan 4-0. Walauape pun, perjalanan masih jauh kerana ni bru pusingan awal..Bagi aku mng atau klh tu smua adat pertandingan tp yg jelas adalah semangat sepasukan untuk mengharumkan nama negara tu lg penting..Semangat yang ditonjolkan terutama negara Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara perlu ditiru oleh pemain Negara kita kerana saiz badan bukan menjadi satu ukuran dalam sesuatu pertandingan...ape yang penting adalah niat kte utk mewakili negara bagi kebanggaan rakyat dan bukannye untuk mempromosikan diri serta mengejar kemewahan semata-mata..baru mng emas sukan sea yg berpuluh tahun xdpt dh nk berbangga cam ape..klo btl2 nk berjaya, kte kne pasang matlamat dalam diri bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan tu bukan mudah tanpa ada usaha dan pengorbanan yang sejati..ayuh pemain Malaysia bangun dan bangkit dari lamunan.. Kritikan yang dilemparkan adalah sebagai satu bonus untuk terus maju ke hadapan..jgn jadikannye sbg satu alasan untuk menyalahkan orang lain..

No comments:

Post a Comment