MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, June 19, 2010

SeLaMaT HaRi BaPa SeDuNia..

Assalamualaikum wbt, aku mulakan coretan ini dgn lafaz kalimah suci Bismillahirrahmanirrahim, puji2an kpd Sang Pencipta seluruh alam, sahabat2ku penghuni di muka bumi ni, semoga sentiasa di bawah lembayung rahmatNya insyaALLAH...

Tanggal 20 Jun..Hari ni terdetik dihati ingin mncoretkan bingkisan khas buat semua kawan2 & saudaraku yg bergelar seorang anak..Bersempena dengan Hari Bapa Seluruh Dunia..ku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk bapaku En Ali Bin Samah dan En Ali Bin Sakiman..erm, jgn slh anggap sy dh berkahwin cz ada 2 bapa. Tapi, ni secara kebetulan..nama ayah kandung aku sama dgn ayah angkat aku..cam best je banyak ayah ek..yola..tu lum dpt bapa mertua lg..huhu..



Sebagai anak, sepatutnya kita memberikan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih yg x terhingga kepada ibu dan ayah kita kerana melahirkan kita ke dunia ini, ucapan terima kaseh x terhingga kerana menjadikan Islam sebagai agama kita, sabda Rasulullah s.a.w “Semua bayi terlahir di atas fitrah. Maka kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Bukhari) bersyukurlah kita nikmat islam yang kita ada, dan berusahalah kita agar dapat kita menjadi islam yg sebenar-benarnya. Alhamdulillah..

Rasulullah s.a.w juga pernah ditanya, “Wahai Rasulullah, Amal apakah yang paling dicintai Allah?” maka Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Kemudian baginda ditanya lagi apakah amal yang paling dicintaiNYA sesudah itu. Maka baginda pun menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua” (HR. Bukhari) maka taatilah ibu ayah kita selagi mereka masih ada, dan sentiasalah mendoakan kesejahteraan x kira mereka masih ada atau tiada kerana sabda Rasulullah s.a.w "Apabila meninggal seorang Anak Adam itu, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara, ilmu yg bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh"... doa kita sebagai anak itu adalah perlu utk ksjhteraan ibu ayah kita yg telah tiada...Sebagai anak, kita haruslah sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka serta menjaga ati & perasaan mereka..Semoga dihari bapa ini kita dapat kongsi bersama mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang anak yg baik, bukan sahaja melafazkan kata2 kepada mereka tp kita perlulah menunjukkan kasih syg kte kpd mereka selagi mereka masih ada di dunia ini..menyesal dahulu pendapatn, menyesal kemudian tidak berguna..Selamat Beramal...Salam..

No comments:

Post a Comment