MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Monday, July 4, 2011

UNIK DAN KREATIF..






















WHY WARM UP & BENEFIT OF WARM UP

Seringkali berbicara tentang dunia yang tidak semena. Lebih baik membaca dan menghayati apa yang dipaparkan oleh ku ini untuk kesihatan diri bersama.


Amalkan Pemanasan Badan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal kerana ianya dapat membantu kita daripada mendapat kecederaan otot badan.

MeNuNgGuMu...;)

Salam..:)
Setiap kali aku merasa bosan atau sunyi..aku pasti akan mengingatkan sesuatu.. apakah yang aku ingatkan..huhu.. perlukah kalian ketahui tp perlulah..sebab blog ini dicipta adalah untuk dikongsi bersama..perkara yang baik boleh diambil untuk dijadikan sebagai satu panduan dan sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman hidup kita..Sesuatu yang aku ingin kongsi bersama ialah hanya sebuah lagu. Lagu ini mengingatkan aku pada seseorang..Siapa?Di mana?Bila?Hanya aku saje yang mengetahui..bile tiba masanya, kalian akan ketahui jua..huhu..;)
video
***Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
Walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
Hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
Banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Sunday, July 3, 2011

Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2011

KARNIVAL RAGBI ANTARABANGSA JOHOR 2011 - Cabaran Iskandar Malaysia 10's 2011

Aduhai..Habis Kejohanan Balapan & Padang Kali ke-10, SMKBSA 2011. Aku ditakdirkan untuk berehat di rumah kerana terdapat satu penyakit yang dinamakan chicken pox. Oleh yang demikian, aku telah meninggalkan Pasukan Ragbi Sekolahku menjalani latihan secara bersendirian dengan bantuan sekali-sekala daripada Kelab Beringin Rendang. Diharapkan Pasukan ku menjalani latihan yang gigih untuk mendapatkan sesuatu daripada Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2011. InsyaAllah tinggal beberapa hari saje lagi game akan bermula, kita akan lakukan yang terbaik demi "SA RAGGERS 2011".

Karnival Ragbi Antarabangsa Johor 2011 merupakan julung kalinya diperkenalkan pada tahun ini oleh Kesatuan Ragbi Johor. Karnival ini bakal menyaksikan dua kejohanan ragbi yang berprestij dianjurkan dalam masa dan di tempat yang sama iaitu Kejohanan Ragbi ARFU 7’s Bawah 20-Tahun dan Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s 2011. Karnival ini akan dianjurkan dan dihoskan oleh Kesatuan Ragbi Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kesatuan Ragbi Malaysia.

Kejohanan Ragbi ARFU 7’s Bawah 20-Tahun merupakan edisi pertama penganjuran oleh pihak Asian Rugby Footbal Union (ARFU) dengan hak penganjuran untuk pertama kalinya ini diberikan kepada Malaysia dan negeri Johor telah dipilih untuk menjadi penganjur dan hos bagi kejohanan ini. Sebanyak 12 buah pasukan dari negara-negara Asia yang terpilih akan menyertai kejohanan ini.

Sementara itu, Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s 2011 merupakan tahun ke-2 penganjurannya di mana ia merupakan kejohanan ragbi kompetitif peringkat junior yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 64 buah pasukan akan bertanding di dalam kejohanan ini dari seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Sebelum ini kejohanan ini dikenali dengan nama Tunku Mahkota Johor 7's yang pernah dianjurkan pada tahun 2008 dan 2009.

Karnival ini akan berlangsung pada 9 & 10 Julai 2011 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor, MALAYSIA. Diharapkan warga Johor terutamanya dapat memeriahkan lagi Kejohanan ini agar ianya akan dapat menjadikan sukan ini semakin popular dan dekat dihati semua.

Saturday, July 2, 2011

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut


Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?

Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Friday, July 1, 2011

Kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-10, SMKBSA 2011


Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah harian kepada pembaca2 yang dikasihi. Bertahun sudah, aku tidak mencoretkan sesuatu untuk memenuhi ruangan blog ini. Pada 25 Jun 2011 (Sabtu) yang lepas, sekolah aku telah berjaya menjayakan Kejohanan balapan & Padang Kali Ke-10, 2011. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat pelbagai dugaan & rintangan sebelum, semasa dan selepas kejohanan kerana pertama kali aku dilantik menjadi Su Sukan Sekolah dan mengelola kejohanan tersebut. Ucapan sekalung tahniah untuk semua rumah sukan yang terlibat sepanjang Kejohanan ini berlaangsung samaada menang atau kalah, saya sebagai guru sukan amat2 terharu dengan semangat dan pengorbanan semua yang terlibat samaada daripada pihak guru mahupun pelajar itu sendiri..Tahniah SMKBSA..;)

Upacara Bacaan IKRAR KEJOHANAN oleh Abdull Akmall Bin Abdull Latiff

Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik Seri Alam serta Bahagian Pentadbiran sekolah kerana banyak membantu dalam menjayakan kejohanan ini.

Maskot2 kejohanan Balapan & Padang Kali Ke-10, SMKBSA 2011

Perbarisan Rumah Sukan INFRA(MERAH)

Perbarisan Rumah Sukan ULTRA(UNGGU)

Perbarisan Rumah Sukan ALFA(KUNING)

Perbarisan Rumah Sukan VIOLET(OREN)

Perbarisan Rumah Sukan GAMMA(BIRU)

Perbarisan Rumah Sukan BETA(HIJAU)

Pasukan Silat Seni Sekolah

Semoga dengan apa yang berlaku sepanjang kejohanan ini menjadi satu kenangan bagi seluruh warga Bandar Seri Alam untuk dijadikan satu iklan dalam hidup masing2.

Larian Serentak "1Murid 1Sukan"


Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) antara jam 7.45 pagi, pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah bakal menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kebanyakan pelajar dan masyarakat umum kini, leka dengan aktiviti yang sihat seperti ini. Maka, dengan pelancaran larian secara serentak diseluruh negara akan dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang sihat dari segi mental mahupun fizikal.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap dapat mencipta rekod di dalam "The Malaysia Book of Records" bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping, Perak”. Segala maklumat lanjut mengenai larian boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.


Harapan daripada diriku terutamanya sebagai cikgu sukan. Semoga pelajar dan seluruh warga pendidik untuk sama-sama menjayakan larian ini. Lakukan untuk masa depan anak bangsa kita dan ingatlah kesukanan dan kecergasan adalah penting untuk menjamin kesihatan kita dimasa hadapan.