MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Tuesday, August 31, 2010

KENALI WANITA ANDA


WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bwh zodiak Taurus(21 April-20 Mei),Virgo(24 Ogos-23 sept)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN


Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dlm hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Monday, August 30, 2010

KAWAN LAGI..


Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dgnnya, pada keesokan harinya. Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kpdnya. Dia menceritakan perkara yg baik tentang kamu kpd kwan2nya yg lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.Dia cuba mendekatimu dan menegurmu.Tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorg kawan yg terbaik. Kamu pula rasa dia seorg kawan yg paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kpdmu sertan menceritakan semula kenangan manis yg pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yg kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hati kamu mengasihaninya. Tapi dihatimu sudah penuh dgn kebencian. Pada keesokan harinya, kamu jumpa satu nota drpdnya: “Sahabatku, saya cuba memberitahu kamu semlm, tapi kamu tak beri peluang utk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut utk mendengarnya. Saya cuba utk senyum kpdmu tapi kamu sambut senyuman saya dgn kebencian. Skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgn kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Oleh itu, saya ingin minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg. Saya minta maaf atas pergaduhan kita, kamu mmg seorg kawan yg hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu. Salam penuh kasihsayang, lalu kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya. Tapi hanya ibunya saje yg ada di situ. Ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya. Dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah terlambat. Kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maaf dan ucapkan selamat tinggal.

Pengajarannya:
Semua kawan ada masa naik dan turun. Dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jgn tunggu org lain melakukannya dulu. Sbb kamu takkan tahu ape akan terjadi esok hari. Kalau kamu benar2 sygkan kawanmu dan sanggup berkawan dengannya hingga nafas terakhir, tolong tunjukkan pdnya yg kamu benar2 mempunyai hati dan perasaan kepadanya sebagai seorang sahabat sejati. Tapi jika kamu tidak buat begitu, boleh diperkatakan yg bila kamu perlukan pertolongan, tiada siapa yg akan membantu kerana kamu tidak mengingati serta menghargai pengorbanan seorang teman.

Sahabatku..Jangan bersedih...(Diambil dr petikan yg terbaik)

Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara:
1. Mati 2. Matahari Terbit Dari Barat.

Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya. Memang susah nak tinggal dosa kita, tapi kita kena usaha. Macam usahanya pembunuh 100 di dalam hadith Nabi riwayat Muslim. Lelaki itu, xsempat bertaubat pun. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tapi Allah telah mengampunkannya dan memasukkanya ke dalam syurga. Kerana dia telah bergerak kepada-Nya. Maka jangan kita lengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah SWT.

Saya ada satu kata-kata sebagai perkongsian:

“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dlm neraka sekali pun, ana akan terjun dlm api itu untuk tarik tangan enta semula”

Sebab saya ini sahabat anda. Dan andai saya ini pula yang tersungkur, saya suka kalau ada yang menghulurkan tangan. Manusia ini, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnai. Sama-sama lah kita. Jangan berputus asa dengan hinaan orang. Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita. Allah, yang akan mengampunkan dosa-dosa kita.

Sunday, August 29, 2010

Al Kisah..Pada Suatu Mlm Yg Hening


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya Utara Selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tiada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti disebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."Aa rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"orait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evonye. Dia pun jalan la..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah skyline datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar skyline nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju....sebuah skyline, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye....... ..sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!'

Maafkan Saya SAHABAT (Im Sorry Friends)


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya".

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.

SAHABAT juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati mu...Kerana aku sedar aku jua insan biasa..tak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan..

Friday, August 27, 2010

LELAKI IDAMAN WANITA..


Meminjam ayat2 dari seorang teman untuk renungan bersama..

Lelaki Idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan..Ialah seorang buta, bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang BUTA...
BUTA, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha..
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi..
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah ..
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang BISU..
BISU, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan..Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran..Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran..Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan ..Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran..Asalkan dia petah membangkang kemungkaran..Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg BAKHIL
BAKHIL, Bakhil dalam memberi senyuman..Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya..Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya ..Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya..Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran ..Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya..Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH..Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang PAPA
PAPA, Papa dalam melakukan perkara maksiat..Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat..Papa memiliki akhlak mazmumah..Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan ..Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia..Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya..Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri..Dia mahu menjadi seorang syuhada..Yang syahid di jalan Maha Esa

Monday, August 23, 2010

SIAPA BERMINAT..SILA HUBUNGI SAYA...

BARANGAN UTK HARI RAYA ANDA..CUME MEMERLUKAN DEPOSIT RM200 DAN ANDA BOLEH MEMILIH SALAH SATU SENARAI BARANGAN YG DITWRKAN SEPERTI DI BAWAH DGN HARGA TERENDAH JUGA BERKUALITI (BUKAN BARANGAN CHINA) DUE DATE ORDER 7HB SEPTEMBER 2010:
TV LCD ~ SAMSUNG & LG (LIFE GOOD)


HANDPHONE ~ 1)SONY ERICSSON - SATIO (100 unit) - AINO (100 unit)
2)APPLE - IPHONE 3GS (150unit)- Colour (black, white,)
3)BLACKBERRY STORM (100unit), BLACKBERRY STORM 2, BLACKBERRY CURVE 8310
BLACKBERRY BOLD 9000,BLACKBERRY BOLD 9700,BLACKBERRY CURVE 8520,
BLACBERRY PEARL 8110,BLACKBERRY PEARL FLIP 8220
4)SAMSUNG - OMNIA (50 unit) - INNOVE8 (100 unit)




LAPTOP
APPLE ~ - MACBOOK pro 13’ 2.4ghz - MACBOOK pro 15’ 2.93ghz - MACBOOK pro
17’2.93ghz - MACBOOK Air 1.86ghz - MACBOOK pro MB166LL/A
SONY ~ - SONY VGN- CS36G/R (blazing red)- SONY VGN- CS36G/Q (jet black)
- SONY VGN- CS36G/w (pure white) - SONY VGN- CS36G/T (noble brown)
- SONY VAIO VGN P25G/R - SONY VAIO FW26G
- SONY VGN FW36G (HITAM) - SONY VAIO FW36G (GREY)
- SONY VAIO FW36G (PUTIH) - SONY VAIO FW37GY
- SONY FW47GY/H - SONY VAIO VGN SR36GN
- SONY VGN Z37GD/X (GOTHIC) - SONY VGN AW37GY/Q
- SONY SZ79GN/C
DELL ~ - Dell studio 15 - Dell xps 13 - Dell xps 16(hitam)
- Dell xps 16(putih) - Dell xps 16(merah)
ACER ~ - Acer aspire 4935g-842g25 - Acer aspire 5935-862g50
- Acer extensa 4630 - Acer aspire 3810
HP ~ - HP HDX 18 - HP DV7 - HP DV4 1040TX




KAMERA 1)NIKON (DSLR) - DSLR D60 - DSLR D70 - DSLR D90 - DSLR D300
2)OLYMPUS - FE-3010 - FE-25 - E 520 - E 420
3)SONY CYBERSHOT - W180 - S930 - DSC HX1
4)EOS ID MARK IV


2) DIGITAL COMPAQ - Coolpix L21 - Coolpix L22 - Coolpix L110 - Coolpix S70 - Coolpix S570 - Coolpix S630 - Coolpix S640 - Coolpix S4000 - Coolpix S8000 - Coolpix S6000 - Coolpix P100 - Coolpix P6000


SIAPA BERMINAT SILA MESEJ DI DALAM INBOX FB OR EMAIL SAYA..Bageroo_84@yahoo.com..TQ

Sunday, August 22, 2010

Pengakuan KISAH BENAR Banduan Rogol Anak Sendiri

Kisah yang aku paparkan ini adalah daripada sebuah artikel yg aku baca..Ianya memang menyayat hati tapi, inilah akibatnye sekiranya kita gagal mengawal nafsu dan tak dpt nk bezakan mana yg baik & buruk..harap kisah ini dijadikan teladan utk kita semua.

***Rebah, tewas – Digoda anak sendiri***
Memulakan ceritanya..Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.Dia juga sudah x berminat utk belajar sehingga memaksa pakcik menghentikannya drpd sekolah. Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yg mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang. Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu. Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi pakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang. Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcik itu. Pakcik akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri, pakcik tercium bau wangi. Ketika itu pakcik lihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi 'party'. Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak ke disko bersama teman lelakinya. Apalagi mengamuk sakanlah pakcik!
Pakcik marah Julie semahu-mahunya. Nasib baiklah isteri pakcik cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung pakcik.

Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik & xlg berani keluar malam. Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu. Namun yg agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya. Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya. Pun begitu dia dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka. Sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka. Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat. Tiba-tiba pakcik terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya. “Abah, masuk kejap dalam blk,” kata Julie. Pakcik yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie. Alangkah terperanjatnya pakcik sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuan pakcik itu hanya memakai coli dan seluar ketat getah berwarna hitam. Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dgn rakus. Serentak dgn itu juga Julie melondehkan seluarnya & berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri. “Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman pakcik ketika itu terlalu lemah, pakcik tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana BAIK & mana BURUK.. “Yang menghairankan pakcik, sewaktu tengah `bersama’ tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang pakcik sudah jauh terpesong. “Pakcik yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian pakcik. Dlm erti kata lain `kejadian’ itu berlaku tidak sampai tiga minit,” katanya.

Menurut pakcik, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan’ yang terhenti itu disambung semula. Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.
Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas perbuatan terkutuk itu.
“Akhirnya baru pakcik tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan pakcik, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya. “Julie yang memang berdendam dengan pakcik merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu. “Pun begitu pakcik yg paling bersalah dlm hal ini, pakcik sepatutnya melindungi Julie ke jalan yg benar & bukannya tewas dlm perangkapnya,” kata pakcik. Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah & dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan. Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kpd mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin. Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka. “Pakcik terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi. “Pakcik juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri. “Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,” katanya. “Baru-baru ini isteri pakcik ada menghantar surat untuk bercerai… pakcik belum memikirkannya lagi tetapi pakcik tahu lambat laun pakcik terpaksa juga utk melepaskannya.”

~JADIKAN SEMUA INI SATU PENGAJARAN UNTUK KITA IBUBAPA DAN BAKAL2 MASA KINI & DIMASA HADAPAN~

Friday, August 20, 2010

Lagi Renungan Untuk Kita Bersama..


1) Dari bujang >kahwin No 1 > no.2 dan lain-lain.
2) Dari pakai moto kap > kancil-wira > Honda > seterusnye..
3) Badminton > Golf
4) Rumah sewa > rumah murah > rumah teres > rumah banglow.
5) Operator > supervisor > engineer > manager...
6) Tv 14' > 21' > 29' > Home theather...
7) Sg Danga > Tanjung Leman > Langkawi > Hattyai > Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) Memancing kat parit /longkang > sungai > kolam (bayar punye) > laut dalam (sewa bot mewah)..Kalong

..... T E T A P I....
KITA JUGA LUPA....SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) Tak sembahyang > pastikan sembahyang > jadikan amalan.....
2) Banyak maksiat > kurangkan > hapuskan...
3) Bangi > Madinah > Mekah
4) Sedekah RM1.00 > RM10..00 > RM100.00/
5) Sembahyang dirumah > sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV > 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet --- 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pd ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly diketepikan...

Contohnya:
*Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........
*Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila Tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
*Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan...dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

.....INFINITI......
Semoga Tuhan trs memberi kita petunjuk & hidayah utk kita berjaya di dunia & akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

*Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah..'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

Thursday, August 19, 2010

Jadikan Tauladan DiBulan Penuh Rahmat..


Kisah Ibu Yang Berdendam Terhadap Menantu (Ibu, Anak Dan Menantu)

Suzana(nama sebenar)dan Razman(nama sebenar)adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur...mereka bagaikan belangkas yang x dapat dipisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaanNya..Salmah adalah ibu kpd Suzana..Beliau seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendaknya..Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu..dengan niat utk memisahkan mereka..

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibunya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. Setelah setahun berlalu mereka pan di ijabqabulkan... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman. tapi malang tlh menimpa mereka....Razman & Suzana tlh mendapat kemalangan semasa dlm perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertmbh marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yg amat menakutkan.. Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya itu menjadi cacat seumur hidup. Razman cuba utk memperbaiki keadaan... Kemudian, Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji x akan menceritakan kpd isteri & ibu mertuanya. Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya & memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya. Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.. Doktor terdiam seketika lalu menjawab... penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua..

JANGAN MARAH YER.......*HAHAHAHAHA..

Wednesday, August 18, 2010

ImPiaNKu dAn SeMua KauM Ku...


Hidup dimukabumi ini tidak sempurna sekiranya diri ini tidak dihiasi dan ditemani oleh seorang insan yang bernama WANITA atau PEREMPUAN. Oleh itu, aku tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman untuk mendampingi hidupku hingga ke akhir hayatku. Seorang yang boleh mengingatkan aku, kiranya aku terlupa, menegurku sekiranya aku leka, memberi nasihat sekiranya aku terlebih dan apa yang paling penting wanita itu amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, aku perlu sedar dengan apa yang aku impikan ini samaada menjadi kenyataan ataupun sekadar hanya dipinggiran..

Tuesday, August 17, 2010

kiSah pohoN seMaluuuu

Sejak kebelakangan ni..aku selalu terbaca benda2 yg blh kite kongsi bersama untuk dijadikan sebagai satu renungan dan pengajaran kepada kita semua..baik untuk kaum Adam mahupun Hawa..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
*Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
*Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
*Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
*Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah mengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

~Orang-orang yang hebat bukanlah orang yang selalu memiliki hal-hal terbaik dalam hidupnya, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya~

MAAFKAN CIKGU

Tersentuh jiwaku apabila membaca coretan ini...Walaubagaimanapun, aku sangat mengkagumi kerjaya sebagai seorang guru sekolah. Sebuah kisah yang dipaparkan ini adalah kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari dtg lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga dtg lambat pada keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yg jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun, dia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang utk mengintip ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30, seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di dpn rumah tersebut, baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”. “Mak pesan kepada saya, jangan meminta2 pada orang dan jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang lain. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.” Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu,...” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. Puasa sunat
iii.Berzikir
iv. Bersedekah
v. Mengusap rambut anak yatim
vi. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii.Membantu orang susah

Monday, August 16, 2010

ReNuNgAn AnDa SeBaGai SeoRaNg LELAKI..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya..Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Jgnlah hiburkan mereka dgn kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu...
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak...

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah..

Wallahua'lam.

MALAM LAILATULQADAR


PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) SELASA - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) ISNIN ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN;
V) SABTU - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 23 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 2 September 2010.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!

Tanda-tanda malam Qadar ialah :
1)Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2)Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak


Salam Ramadhan..
Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Ramadhan 1431H. Masa terlalu pantas untuk kita terus melangkah ke hadapan. Hari ni je, dh 4 hari kita berpuasa. Jadi, bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai bulan yang Mulia ini. Benda nak dikongsikan terlalu banyak tapi ape yang akan aku sampaikan ini adalah satu pengajaran untuk kita bersama. Erm..ble bulan puasa je, aku mesti teringat zaman kanak-kanak..huhu. Main mercun then paling menarik main meriam..dhla buat daripada tin ridsect dan tin susu then pergi cari rumah jiran yang agak2 nak bagi “panas”..so, apa lagi time malam je, bakar meriam menghala rumah jiran2 yg berkenaan..huhu. bila jiran tu mengamuk dengan memaki hamun, kitorang lari lintang pukang..huhu. Start dari bulan ni juga, aku banyak lakukan benda2 yg xelok.. Paling aku xlupe, dari sini aku mula hisap rokok sebab member aku ada kedai runcit then curi rokok kedai dia dan kami share setiap malam 2, 3 kotak..huh.. Zaman kecik-kecik kena jadi nakal baru dapat kenangan best2..huhu.. tapi alhamdulillah la aku ni orang yang suka bersukan so, aku xsuke isap rokok bermula dari bulan tu sampai sekarang. Erm, ade lagi cite yg pelik2 aku nk kongsi tp mane leh bgtau dlm ni..xsurprise la..huhu..Apepun dibulan yang penuh keberkatan ni, aku menyeru agar kawan-kawan atau sape saje yang membaca blog aku untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Buat makluman kawan2, sekiranya kamu rajin dan ada mase kelapangan, sila tonton “Kalamullah” di TV3 setiap pagi selepas Subuh. Kalian akan sayu apabila mendengar anak-anak muda yang mengaji Al Quran dengan bacaan yang merdu dan mendayu. Tambahan lagi, ustazah yang mengiringi memberikan tazkirah yang paling bagus untuk kita ikuti dan teladani.

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak. Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Sahabatku, apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Kawan-kawan, bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Semoga kita akan dapat manfaat serta kebahagiaan di dunia ini selagi nyawa kita masih bernafas untuk dibekalkan ke alam akhirat. Ingatlah sahabatku, dunia ini hanyalah buat sementara dan akhirat jua lah tempat yang kekal selama-lamanye. Selagi kita masih sedar dan mampu untuk menjadikan diri kita sebgai insan yang berguna untuk keluarga, jiran-jiran, masyarakat serta kepada Nya maka, jangan lah kita sia-siakan hidup kita dengan benda-benda yang boleh membawa kita ke arah kemurkaan Allah s.w.t. Sayangilah diri kita kerana tidak siapa yang mampu mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat membuat amalan seberapa banyak yang mungkin..

Saturday, August 7, 2010

Kiamat Semakin Hampir...!!!

video
Kali ini aku ingin memaparkan tentang kisah-kisah yang menyayat hati dan perasaan bagi insan yang mempunyai perasaan dan sayangkan dirinya kepada Allah s.w.t. Mungkin apa yang dikongsikan bersama ini mampu mendatangkan sayu di dalam jiwa dan mungkin juga mampu mengalirkan air mata bagi seorang ibu, emak, mama, perempuan, wanita atau sesiapa sahaja yang masih mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Cuba kita fikirkan. Apakah dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.

Banyak remaja kini terlalu inginkan kebebasan dan ikutkan sangat budaya orang barat. Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, longkang, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi.
Aku ada terbaca dalam artikel Metro yang menyatakan “Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah. Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.”

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Tapi kini, ape yang jelas kebanyakkan anak remaja kini terlalu taksub dengan benda-benda yang tidak bermoral sehingga melalaikan serta menghayutkan diri mereka ke arah yang tidak baik.

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya. Apa yang terjadi kini, bukanlah bangsa asing atau agama lain tetapi, inilah dia orang MELAYU yang beragama ISLAM dan kini semakin layu apabila dipujuk rayu oleh kekasihnya untuk melakukan perbuatan terkutuk. Dan inilah dia apa yang kita perolehi daripada hasil didikan 30 tahun kebelakangan ini kerana ibubapa kini lebih mementingkan kerjaya berbanding kebahagiaan keluarga. Ramai anak-anak mereka terabai dan kurang mendapat perhatian serta kasih sayang daripada kedua ibubapa mereka kemudian, mereka lebih mendapat perhatian dan kasih sayang daripada insan yang bukan keluarganya sendiri dan mereka ini hanya menabur janji manis untuk mengambil kesempatan ke atas diri anak gadisnya atau sebaliknya.

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan. Lebih malang, kita dapat rasekan bahawa dunia ini sudah semakin hampir ke arah kehancuran atau lebih dikenali hari kiamat. Sama-samalah kita renungkan dan berfikir sejenak sekiranya kita sudah berkahwin dan memperolehi seorang anak lelaki serta seorang anak perempuan. Kemudian, didikan agama yang kita beri adalah tidak ataupun sempurna dan yang lelaki melakukan perbuatan zina dengan kekasihnya dan sebaliknya terjadi kepada anak perempuan. MasayaAllah, sesungguhnya jauhkanlah keluarga kita dari bencana dan bahana yang kita tidak undang ini. Semoga apa yang terjadi masa kini, kita jadikannya sebagai satu panduan dalam hidup kita untuk menuju ke arah alam akhirat..

Friday, August 6, 2010

Seribu Langkah Menuju Destinasi Bersama Diri...


Tanggal 30hb Julai 2010..aku melangkahkan kaki ku keluar dari rumah, dan terus menuju ke dalam kereta sambil menyapa barang yang perlu dibawa bersama diri aku sepanjang perjalanan ke suatu destinasi yg aku sendiri pasti dan xpasti..huhu.. bergerak dengan membawa 9beg buah rmbutan dan penuh harapan tepat jam 8.30pg menuju ke destinasi pertamaku iaitu daerah Tangkak utk mengambil sahabatku Amir @ apex..Dalam perjalanan ke sana, aku ditahan oleh seorang pakcik yg ingin tumpang ke satu tmpt..lalu aku pn tmpgkn dia & dia bg aku 1tips..(rahsie..hanya aku&dia tau) Lepax sebentar kerana mama nye menyuruh aku mkn dlu sblm menyambung perjalanan ke kl..tekan minyak, dgr lagu smbil berbual ngn apex..tet..apex dpt msg dr shbtnye yg menyatakan ade seorg pelajar UM jth dr tgkt atas blok KK12.lalu aku dan apex pn berbicara ‘mungkin bdk tu bnh diri kot’ huh..nauzubillah.... lalu aku singgah di Putrajaya utk tukar kereta dgn adeq aku..dan aku pn sampai di UM pada jam 3.30ptg. Niat utk pergi ke taklimat MALAKOFF.. malangnye terlewat 30minit dan terlepas botol air powerbar..huhu.. kemudian aku lepax ngn apex kt KK12 utk minum ptg..lalu aku mendapat cerita dr junior2 aku, bdk meninggal dunia itu adalah pelajar ASASI UM yg plg awal smpi ke UM walaupun time tu diorg tgh cuti semester..nak tau cerita dia lbh lanjut dan menyayat hati..sila baca blog kawan baiknya “www.missbyah.blogspot.com” Abih je minum ptg tu, aku dan apex keluar dan time tu UM terlalu sesak kerana smua sibuk pulang dari kerja..lantas aku bersama apex membawa dri membawa asz & shbtnye ke Stesen Bas Bkt Jalil..Dr BJ kami keluar bersama kawan lame ke kedai makan then trs ke Danau Kota, Wangsa Maju..terubat windu aku nk jln mlm2 kat sna cam time study2 dulu..huhu..kemudian langkahkan kaki terus plg ke UM utk menjadi individu yang xtau malu seperti nomad..tumpang di bilik junior utk melelapkan mata..layan tuan pnya bilik then aku ttdo dlm kol 5pg..adoiii..cmne nk lari esok ni..

31hb Julai 2010..bgn pg utk menyertai DUATHLON 2010. Memakse diri utk bgn & mandi..akhirnye aku berjaya menyiapkan diri dan mengerakkan kaki ke Pusat Sukan utk acara tersebut..tepat jam 9.00pg acara pn bermula..selepas tamat acara..aku g mkn kt tmpt peberet aku..nasi ayam Pantai Dalam..sedap wooo dpt lepaskan gian mengidam.. then pas mkn, aku mandi di Pusat Sukan dan tidur di surau..cam pendatang asing je time tu..huhu...kemudian, aku keluar ngn apex dan kwn2 UM lame aku yg dh kje utk tonton movie kt tropicana..agak menarik cerita tu even aku mmg ngantuk sgt time tu..huhu..abih menonton movie, aku gagahkn diri dan terus pergi mkn kt tmpt spesel.. ntah mane ceruk aku dibawa..nsb bkn dirogol..huhu...tp bestla tmpt tu...ape ntah name kedai mkn tu.apepun tq my fwen cz blanje tgk movie & mkn2.huhu.. abih mkn, aku pn balik UM ngn apex...then trskan xtvt menumpang di bilik org..huhu..

1hb Ogos 2010..aku keluar mengambil asz dr Bkt Jalil then g Jln TAR..malangnye aku salah ari lol...sepatutnye kt sna kne g ari sabtu..huh..then aku g mkn kt SOGO...wa windu ku terubat cz dh lame xg sogo...tp rmai gle org..pastu aku tgk2 bju & sambar 1baju utk raye konon..huhu..Kuar je pintu sogo aku nmpk pakar Prof Fizik ni wat demo ttg hafal sifir cara kreatif..nice gile la..tanpa lengahkn mase aku pn pergi anta asz ke Puchong Perdana..teringat time mijan ade..aku slalo g sna anto dia jmpa abg dia..huh..blk dr sna..aku pn ajak apex & syakir g lpx kt The Curve then ktorg lepax kat Uptown Damansara..waa..jln sakan..wit pn kua cm air..huhu..blk dr jln2 kt sna..ktorg g mkn kt tmpt kwn lame...huhu..mmg same la cm dlu tmpt tu..xde perubahan then air dia mmg kaw2 ngn nasi lemak yg plus sambal...xabih jln g Uptown..ktorg g Downtown kt Cheras..huh...best gle dpt jln2 waktu lwt mlm..huhu..

2hb Ogos 2010..Bgn pagi gosok gigi..nk mkn roti tp xde..huhu..then aku kua lunch ngn apex kt tmpt yg aku suke gak..kt blkg Digital Mall..nasi grg ayam terbaik..xpyh mtk nasi tmbh tp mmg nasinye dh byk..huhu..then aku meneruskan perjalananku ke Tg Malim seorang diri...dalam fikiranku terbayang2 kenangan lame krn jln yg aku lalui byk memori suke & duka saat aku belajar di UPSi..sesampai aku di Tg Malim, aku terus menuju ke rumah kawan2 lame ku..junior2 sukan UM gak..huhu..terperanjat aku tgk, bdk2 1umah smuanya aku knl ‘bdk UM’ dan rumah yg diorg sewa pn kt Proton City.. bestnye ble kenang zaman stdy2 dlu..huhu..lepax smpi mlm..aku pn kuar ngn lecture aku..en fadhil bersama isterinye..aku bwa kwn aku yg mmg student dia so b5 la kami ke destinasi yg ingin dituju iaitu di Bukit Beruntung..punyalah dekat ngn UPSi..ape pn masakan mlm tu mmg terbaik la boss...org blanje kn..suke jela..huhu..byk cite yg dikongsi bersama oleh my lecture..ble kua ngn dia, mesti kua hadis2..tu yg wat aku tertarik dan sedar utk menginsafkan diri kepada jalan yang benar..Amin..rase mcm sekejap je aku kuar ngn diorg..then pulang ke proton city..niat nak blk kl smula pg tu tp!!!!....

3hb Ogos 2010...Bgn pg krn rumah dibisingi oleh bdk2 yg jakun nk pergi kuliah..huhu.. so mmg rindula zmn2 tu..lalu..aku bgn dan tgu diorg plg dr kuliah then g mkn tmpt peberet aku ngn bdk2 umh lame..malangnye kedai yg aku tuju dh kne roboh dan akhirnye aku g mkn kt tmpt kedai mkn yg dipanggil kedai ketam...huhu.. seronokla dpt imbas zmn dlu2...pas mkn kami lepax di umah then ptg tu kami men fresbie kt Tasik Proton City...pastu aku tunaikan janji aku utk pergi ke rumah shbt baik aku time prac dlu ‘hairul’...terharu sgt cz hubby dia pn sporting lyn karenah aku ngn kwn2...dpt mkn free lg smbil bual2 ksg..huhu..tq hairul and hubby nye.. kemudian kami pn plg ke rumah...

4hb Ogos 2010..Bgn pg seperti biase apabila didengari keriuhan umah tersebut dgn bdk2 yg nk g skola utk menjadi seorang guru..lalu aku pn bgn dan trs mandi utk plg ke KL...tepat jam9.30pg, aku meneruskan perjalanan dari Tg Malim ke KL.. berkeseorangan sambil ditemani kenangan silam, aku terus gagahkan dri utk jmpa kwn aku kt Hospital Sg Besi..then kami g mkn kt mapley Damansara smbil cite2 suka & duka..huhu..tq my fwen cz sudi luangkan mase & balnje mkn ayam madu..huhu.. aku meneruskan langkah ke UM utk mengambil apex di 5th College.. tanpa menoleh kiri dan kanan aku trskn perjalanan ke Port Dickson.. walaupun kt UM ade pesta konvo tp aku xde perasaan utk lame2 kt UM..nape ntah...huh...tiba saja di Port Dickson.. aku berjumpa ngn mmber lame time aku prac kt sna..Cik Fazilla & Cik Kadi..huhu... Alhamdulillah rezeki aku mrh ble, mok blanje mkn sate kjg di waktu tgh2 pns..huhu.. maklumlah org bru dpt gj 6 bln yg tertunggak...gle ar..huhu.. borak2 sambil merasa kepanasan & kerentungan..aku pn xsedar jam sudah menunjukkan kol6ptg...adoiii... jauh lg perjalanan...lalu aku meneruskan perjalanan ke Tangkak jam 6.30ptg.. sampai di Tangkak pada jam 9.30mlm, niat berjumpa student aku yg study kt Matrix Tangkak tp xkesampaian kerana dia ade claz..lalu aku menghantar apex ke rumah...mak nye menyuruh aku mkn dan ayahnye menyuruh aku tdo di rumahnye..huh..mula2 aku nk blk trs tp bile aku rasekan bdnku terlalu lth so, aku pn tdo la di sana..even penat sgt, aku leh lyn 1citer psiko smpi kol1pg..huh..then abih citer..aku pn tdo ngn nyenyak..

5hb Ogos 2010..Bgn seawal mgkin utk bergegas plg ke kg halaman..lalu aku menyapa towel yg ade dan trs mandi..sejuk sgt2..then mak apex masak ns lemak utk aku..tq makcik..huhu..pas breakfast aku pn mtk izin kat parent apex utk balik umah...then aku meneruskan perjalanan aku dgn bersendirian menuju ke Kota Tinggi..sayu, penat, gembira, kecewa, rindu...smua ade..aku pn xtahu mengapa..detik berlalu begitu pantas dan akhirnya aku smpai di Kota Tinggi dan pergi beli buah tgn kt KIPmart..huhu.. lawak btl, jln pnya jauh..tp bli buahtgn kt tmpt sendri..sesampai di rumah kesayanganku tepat jam 2ptg..lalu kwn sekerja ku mengajak aku pergi berjumpa penyelia aku utk tugasan kerja..lalu aku gagahkan diri utk keluar sehingga ptg.. Alhamdulillah aku selamat pergi & selamat pulang..banyak pengalaman serta pengajaran aku dapat sepanjang aku berada di luar sana..

Thursday, August 5, 2010

Malakoff University Duathlon Series 2010 (UM Race)


Tanggal 31hb Julai 2010..aku, apex & awangku bergabung tenaga utk bertanding dalam Malakoff University Duathlon Series 2010 (UM Race). Bangun pg seawal mungkin iaitu kol7pg then mandi dengan penuh kesungguhan tapi ianya penuh dengan kesejukan.. huhu.. lalu menyiapkan diri utk trs berjuang..tepat jam 9.00pg aku bersama squad ku mengotakan janji.."walau apepn terjadi, kita akan teruskan perjuangan sehingga ke garisan penamat"..janji bukan no last..huhu..aku disaran sebagai pelari pertama..

Saat aku melangkah ke garisan permulaan..aku bersalaman dgn Dr Halim & Prof Dr
Salleh..lalu dia tegur.."jgn men ragbi plak napie"..huhu..aku bersenyum tanpa menoleh kebelakang dan terus berdebar menunggu hon permulaan dibunyikan..Dikala aku dilepaskn dr garisan mula..aku berkata dlm hati..waa,..blh ke aku berlari 2round ni utk selesaikan tugas sbg pelari pertama (maklumlah training stahun skali)..lalu aku set dlm mindaku..aku bkn berlari utk diriku seorg..tapi utk team & nama UM..so aku tabahkan ati utk terus berlari tnpa menoleh sape diblkg ku..huhu..macam2 yg timbul dlm fikiranku semasa berlari..tp aku gagah krn aku bkn seorg yg mudah menyerah klh...huhu..

Langkah demi langkah aku lakukan dan akhirnye...aku sampi ke garisan pnmt utk disambung oleh rakanku si Awangku..lalu dia pn menyambut no ditgnku dan berlalu tnpa berkata ape sambil mengayuh basikal..huhu,..aku terase semacam xberdaya utk terus berdiri.lalu aku berkata kepada apex.. teruskan perjuanganmu selagi kite blum selesaikan tanggungjwab kte sbg wakil senior UM..huhu.. masa berlalu tanpa disedari..tungu pny tungu..dkt 30mnt awangku xsmpai2..lalu apex&aku berkata.. mungkin basikal ade mslh..huh..dgn penuh kepercyaan menunggu tibanya awangku..akhirnye smpi juga dia ke tmpt yg diharapkan..lalu apex pn menyapa no tersebut dan menyambung larian terakhir.. dan akhirnye pasukan kami berjaya....berjaya utk abihkan larian dan ntah no berapa kami dpt..ape yg penting kerjasama dan smgt sepasukan,,tq shbtku...