MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Wednesday, June 30, 2010

SEKADAR INGATAN UNTUK ORANG-ORANG ISLAM


LAFAZ MEMBERI SALAM

Ilmu utk dikongsi bersama:
Ustaz Zawawi ada citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi SALAM. Baginda memberi salam dgn lafaz 'Assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Beri salam - 'Assalamualaikum' Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'..Apabila kita berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim salam assalamualaikum pada Mat ye' contoh lerr..
Bukannya : 'Kirim salam kat Mat ye' Dan bukannya 'Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.
Subject: 'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot'..Maksud singkatan 'A'kum'Assalamu'alaikum Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.. Sesama lah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN. Sekiranya ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni..


RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat&masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila&masuk kepadanya sembuh dr penyakit.
* Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya & masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

MEMBUKA PINTU REZEKI

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
"Setiap pagi hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
*Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)
*Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
*Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
*Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
*Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

No comments:

Post a Comment