MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Friday, July 23, 2010

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI


KEPADA PARA ISTERI PUN BOLEH BACA, BAKAL2 YG INGIN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA SERTA BUJANG.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yg Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yg terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif & istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat@amalan yg blh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dgn senyum & bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri & anak2 akan bahagia & rahmat Tuhan akan turun.Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
6.Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7.Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat & ceria. Ramai suami inginkan isteri yg mengancam, tp m'abaikan Penampilan diri sendiri.Mana adil?
14. Didik isteri dgn memberi nasihat&peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan & amalan anda sebagai cth teladan yg cemerlang. Elakkan ckp xserupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat & patuh bersama keluarga kpd semua perintah Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun x sengaja menceritakan keburukan isteri kpd orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yg membeza2kan ant. keluarganya&keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap mlm sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia&isteri mudh msk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut bingung, hiba dan memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dlm rumahtangga. Sebut nama Rasul apabila mendidik&nasihati keluarga bg m'dpt hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yg melebihkan orang lain dr isterinya. Elakkan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami x ambil kisah dgn keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tmbhn yg patut berikan kpd keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33. Membaiki diri secara berterusan. tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu menguji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut syg tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan syg, pujian & memberi hadiah.
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan & pandapat isteri yg btl. Jgn bangkang perkara yg baik. Kawal macho dgn saksama.
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri perlu senyap dan sebaliknya. Ini akan mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh dalam bersendirian.
47. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih saying. Pesan selalu dan nasihat sekali sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
48. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, di rumah, ramah dengan kawan dan isteri.
49. Disiplinkan diri semasa di pejabat dan rumah. Sabar dengan semua orang serta isteri. Di luar dan dalam rumah mesti serupa.
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, henti merokok, bercampur dgn orang positif, bermain dgn bayi, tgk ikan dlm akuarium, menari&menyanyi, sembahyang taubat&memaafkan semua orang.

Thursday, July 22, 2010

Tumpahnya Air Mata Lelaki..

Benarkah air mata seorang lelaki begitu menguji keegoan dan sifat kelelakian mereka?

MELIHAT seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasa dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar? Atau menangis meratapi perpisahan dengan pasangannya?
Peristiwa yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka dididik menjadi seorang yang pintar ketika menahan kesakitan, keperitan dan mengendalikan emosi.
Benarkah setitis air mata yang mengalir ke pipinya membuatkan diri rasa tercabar? Namun, tidak semua lelaki berhati 'batu' dan gentar. Manakala sebahagian daripada mereka menganggap, kesedihan yang melanda ke atas diri sehingga tidak terdaya menampung air mata mampu merungkai emosi seorang jejaka.
Begitu juga dengan kamu, dia tidak dapat menahan kesedihan di saat kamu gagal memenuhi segala janji dan kemahuannya. Justeru dengan mudah, dia menitiskan air mata kala hal buruk menimpa dirinya, walaupun berlaku berulang kali.
Mengapa lelaki begitu mudah meluahkan emosinya menerusi air mata? Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan mereka menjadi sensitif, lalu dengan pantas mengalirkan air mata.
1. Pola asuhan
Nilai dan cara hidup seseorang dibesarkan adalah sangat berpengaruh kepada suatu keperibadian. Seseorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terlalu memanjakan anak-anaknya akan membuat peribadi lelaki menjadi seorang yang manja dan sulit menerima situasi yang tidak menguntungkan dirinya.
Dia acap kali berasa cepat sedih dan marah tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Begitu juga dengan seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang dan ikatan emosional yang sangat kental. Dia mudah menitiskan air mata saat mengenangkan emosinya yang terlalu dihimpit perasaan duka.
2. Budaya
Unsur budaya juga amat berpengaruh terhadap keperibadian seseorang. Dalam budaya hari ini, posisi lelaki lebih tinggi daripada perempuan. Maknanya, kebanyakan perempuan seharusnya tunduk kepada kaum lelaki. Anggapan bahawa lelaki berhak menguasai perempuan inilah yang terkadang membuat lelaki cepat menangis, saat dia berasa diancam oleh seorang perempuan yang memiliki kemampuan yang melebihi dirinya.
3. Hormon
Pada dasarnya, komposisi hormon dalam tubuh akan membentuk sebuah pola perasaan tertentu. Jadi, tingkah laku sensitif lelaki akan dilatar belakangkan pola yang dibentuk oleh hormon tersebut. Biasanya, peribadi yang berpotensi menampilkan perilaku sensitif adalah mereka yang memiliki pola sensitif. Cepat menangis adalah salah satu bentuk ketidakpuasan yang bersifat pasif.
Berhadapan dengan lelaki yang bersifat sensitif, sememangnya bukan suatu hal yang mudah. Kamu tidak boleh terlalu keras atau terlalu menurut segala kemahuannya. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah untuk berhadapan dengan lelaki seperti ini.
* Bersikap tegas
Usah ragu untuk bersikap tegas apabila si dia sering bersedih. Kamu perlu berterus-terang kepadanya, bahawa kamu tidak suka dengan kebiasaannya itu. Mintalah dia untuk menyampaikan dan menjelaskan apa yang tidak diingininya. Ajak si dia menyelesaikan masalah secara berkompromi. Jangan biarkan si dia diam dan pergi saat masalah belum selesai. Ini akan membuat dia selalu mengulangi tingkahlaku seperti itu, atau akan menjadikan sikap sedih sebagai senjata menutupi kesalahannya.

BERHADAPAN dengan lelaki yang bersifat sensitif, sememangnya bukan suatu hal yang mudah.
* Contohi tingkah laku
Sekiranya selalu bersedih, fenomena tersebut boleh menjadikan rutin dalam kehidupan sehariannya. Sesekali cubalah kamu melakukan hal yang sama. Apabila dia bertanyakan masalah kamu, inilah kesempatan terbaik untuk kamu menjelaskan kepadanya tentang suasana kurang nyaman saat memiliki pasangan yang terlalu sensitif.
Salah tutur kata mampu membuatkan si dia terdiam lantaran akan tersinggung. Cubalah jelaskan kepadanya bahawa kebiasaannya tersebut mampu merosakkan komunikasi dalam sebuah perhubungan kamu berdua.
* Beri pujian
Alasan si dia sensitif kerana dia merasakan kurang kepercayaan diri menghadapi segala kelebihan yang kamu peroleh, adalah jarang sekali berlaku. Apabila alasan ini menjadi penyebab atas sikap sensitifnya itu, tidak salah kamu cuba memujinya setiap hari. Ini membuat dirinya berasa dihormati dan sentiasa diperlukan.

PEDOMAN


Sekiranya kita menjadi diri kita yang sebenarnya. Kita akan kenal akar budi, sedar harga diri dan tahu di mana kebenaran serta siapa yang patut dijadikan sahabat. Tidak rugi memilih kawan, tetapi alangkah menyesalnya jika sahabat sendiri menikam diri dari belakang. Berhati-hati dan belajarlah daripada kesilapan semalam.

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya..
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu pun lalu semakin besar menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan."

"Adakah dikau mengetahui:"

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat di mana cinta itu ada."

*Wahai setiap wanita yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri sebagai seorang wanita!

*Wahai kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selami lah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu adalah yang paling Cantik...(*~*)

Thursday, July 15, 2010

PeRJaLaNaN HiDuPKu SeBaGai SeoRaNG GuRu..

Salam..buat kawan2 yg aku kasihi..rasenye dh lame aku xupdate my blog..aduii.. kesibukan tlh melanda driku menyebabkan aku dh lame xon my blog..nway, tbe2 aku rindukan pelajar2 skola yg aku ajar dlu..perjalanan diriku sebagai individu yang bakal menjadi guru memang penuh dengan liku...Bermula dari Ogos 2008, time tu aku baru sahaja lepas konvo then aku xde keja time tu kt kl..so aku pn apply jd seorg Guru Ganti kt KL.. Alhamdulillah, ari ni interview..esok terus mengajar kat SK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Perasaan gembira!Takut!Seday! smua ade..yela..pengalaman pertama mengajar..tp xpe cz bdk skola rendah.. so, aku tabahkn driku utk mengajar..kol6pg aku dh gerak dr umah aku kt Pantai Dalam ke Sentul..Al maklumlah, bru pg tu aku nk survey tmpt..then, mmg rezeki aku, xsesat trs jmpa skola tu..1st aku diminta jar sbjk science & PJK so aku pn terima.. kebetulan ade guru prac kt skola tu. Aku pn xlah rase kekok dan malu utk bergaul. Maklumlah..aku ni pemalu orangnye..huhu..so,nk dijadikan cerita.. Inilah pengalaman pertama aku mengajar iaitu sebagai Guru Ganti di SK Bandar Baru Sentul bermula Ogos 2008 hingga Okt 2008.

Kemudian, aku pulang ke kg halamanku di Johor. Awal thn 2009 aku menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Seri Aman, Johor..bukan kt sarawak tau. 1st msk skola tu, aku ditwrkn subjek BI tp aku tolak then dpt lg sbjk science cz aku stdy sports science..lawak btol..so ni cabaran aku untuk mengajar semakin membara kerana dari sekolah rendah ke sekolah menengah..huh..mmg mencabar kreadabiliti aku sbg seorang guru kerana pelajar sekolah menengah skrg mempunyai pemikiran yg jauh lebih matang berbanding dgn time aku blajo dlu..huhu..Mane tidaknye, dr segi pemakaian & segala yg ade kt aku diorg tegur..adoi!!Tp xpe, kenangan paling manis aku mengajar kt skola ni..aku dianugerahkan sbg Seorang Guru Paling Popular.. wow.. terharu gle tp malu cz terasa diri ni cm artisla plak..huhu..pengalaman kedua aku mengajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah sebagai seorang Guru Sandaran iaitu bermula dari Januari 2009 hingga Jun 2009..

Selama hampir beberapa bulan aku mengajar di SMK Seri Aman. Aku ditawarkn utk sambung belajar dalam bidang pendidikan iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) & Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) serta Pensyarah Muda Sains Sukan di KPTM.. Alhamdulillah kepada Tuhan kerana memberikan rezeki kat aku tp, aku xdpt nk wat kptsn dlm 1jangkamasa yg terdekat...puas aku bertanya kepada kawan2 dan guru2 smua serta meminta petunjuk daripadaNya.. Akhirnya, aku membuat pilihan untuk menyambung pelajaran di UPSI iaitu DPLI..Dan bermulalah hidup aku sebagai seorang pelajar universiti selama hampir 10bulan saje..so di sinilah bermulanye aku sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi Guru Sebenar iaitu bermula dr awal bulan Julai 2009..

Sepanjang aku&kwn2 lain orientasi..byk pengalaman pahit & manis aku lalui even mmg dlu pn aku dh ragging bdk junior kt UM tp kali ni smua bdk2 dh beso so, yg handle adeq2...jadi haru birulah..huhu..ape pn tq kt diorg tlg kami stle smua mslh ngn pihak UPSI dan KPM..kemudian, aku ditwrkn rumah yg xmenarik (demand) so, aku pakat same2 bdk PJK DPLi utk cari umah mlm tu dan akhirnye dpt sebuah rumah yg cute..kami duduk b4 dan kami bahagia even duk ngn ex PALAPES dan SUKSIS yg mmg skema pd mulanye..huhu..team DPLi PJK 2009/2010 paling sempoi & byk mslh pd mulanye tp berakhir dgn keseronokan..cayalah kawan2 ku, jgn gado2 lg tau..

Pada hri snin nye dh start claz..mmg struggle..tp best cz smgt baru utk study..so bermula lah zaman pembelajaran dgn bertimbun2 asigment yg ntah pape..ni durjana lah pnya pasal..huhu. Aku rase bangga even kami sbg pelajar UPSI tp kami belajar di bangunan milik Proton..Cantikkan..huhu..Rase cam bukan student UPSi..huhu

Walaupun aku boring duk Tg Malim tu cz rmai ckp sna cm pekan koboi tp aku suke lepax & riadah kat Tasik Proton City..tiap2 ptg klo aku bosan kt umah..aku mencari angin dan stamina kt sna..mmg seronokla..ade pasar mlm kt sna, aku ske sgt kt 1 kue tu..sedap gle..ape erk namenye..lupe!!..tp xpe, nnti aku nk lepax sna cz rmai junior2 aku wat DPLi 2010. Pejam celik, bangun duduk..aku dah abih stdy kt UPSI then, praktikal kt SMK Kg Baru Si Rusa, Port Dickson. Bermulalah gelaran aku sebagai seorang Guru Praktikal..Bermula dari awal bln Mac hingga Mei 2010..kat sini byk pengalaman aku dpt even mmg lth gle la..tp aku puas yg teramat..huhu..

Liku Kehidupan...Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik dan Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan..

Friday, July 9, 2010

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita???


Nak tahu di mana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:
1) Lelaki yg mampu mengalirkan air mata utk ingatan.
2) Lelaki yg sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yg memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yg tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yg baik sangka.
6) Lelaki yg tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki...

Dan di mana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

10 PERKARA BUKTI LELAKI ITU RUMIT


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya..Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya..Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala..Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka..Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian..Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan..Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..
7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh..Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam..Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar..huhu..

Saturday, July 3, 2010

^ Bingkisan Kata Untuk Seorang Wanita^


Buat sekadar renungan bersama kawan2..
Perempuan yang suci..Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah.. Tidak sedikit pun Allah membenarkan.. Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya..Walaupun hatinya… Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang.. Dengan cinta lelaki yang palsu imannya...Di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seakan melepaskan kita..
Kepada seorang manusia..Yang lebih banyak mengecewakan kita..

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri..Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik..Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali..Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?...Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari..Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

..“Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya”..(Imam Ghazali)

Ukhtiku, Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan…Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…
Ukthiku, Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan…Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…Dari hidup dalam kesesatan..Kerana jangan lupa ukhtiku…Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa..Tapi kerana Islam, Iman dan Ihsan… Renungkanlah!! ;)

Thursday, July 1, 2010

KEKASIH vs SAHABAT, TEMAN, KAWAN..

Salam kawan2...dh lame aku xhasilkan nukilan dlm blog aku..minggu ni bz sikit la..cz aku dh dpt job baru untuk aku ilangkan rase boring & survive cri wit poket. Kali ni aku nk kongsi sikit la tentang kisah Sahabat dan kekasih. Selagi kiter tidak dapat mencari ertinye kawan, sahabat dan teman....selagi itu lah kiter akan tercari2 erti nye seorang kekasih yang sejati....
*Klo nk dijelaskan ape itu makne sahabat..memang besar ertinye..tp ape yg blh aku sampaikan di sini, persahabatan boleh menggambarkan perilaku kerjasama dan saling bergantung antara dua atau lebih berteraskan kepada aktiviti sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan pengorbanan. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan antara satu sama lain, seringkali hingga pada akhirnya. Kehendak mereka biasanya sama dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati aktiviti yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Namun, terdapat juga individu menyatakan kita akan mencari sahabat dikala kita memerlukannya iaitu ketika sedih & kecewa tapi, ble kte suka & gembira, saat itu kte akan lupekannya..

*Kekasih plak sukar untuk ditafsirkan, kasih syg semua blh kite dapat kawan, shbt & teman tapi kasih syg nye pasti tidak same...maka jika nak mencari kekasih itu biar lah bermula daripada seorang kawan, sahabat & teman,serta baru lah menjadi kekasih kerana jika sudah dipangil kekasih maka kita dah berjanji bersama utk selamanya..dan jika janji itu dimungkiri bermakna kita yg merosakkan satu tali persaudaraan....yg susah nak kita cari dalam hidup ini...skrg begitu mudah untuk mendapat cinta tetapi bukannya kekasih... dan sebab itu lah mudah org sekarang ditinggalkan...kerana cinta itu hanya dari mulut manis sahaja dan bukan datangnye dari perkenalan dari hati ke hati... jika hati kita terpaut pada seseorg hanya untuk bercinta kerana terpaut dgn wajahnye yg ayu dan bukan utk menjadikan ia kekasih yg sejati..mungkin kita akan bertahan separuh jalan sajer...jadi cuba kita pikir kan mcmmane nak kiter mulakan satu perkenalan kepada satu pasangan kekasih yang dipanggil sejati...