MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak


Salam Ramadhan..
Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Ramadhan 1431H. Masa terlalu pantas untuk kita terus melangkah ke hadapan. Hari ni je, dh 4 hari kita berpuasa. Jadi, bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai bulan yang Mulia ini. Benda nak dikongsikan terlalu banyak tapi ape yang akan aku sampaikan ini adalah satu pengajaran untuk kita bersama. Erm..ble bulan puasa je, aku mesti teringat zaman kanak-kanak..huhu. Main mercun then paling menarik main meriam..dhla buat daripada tin ridsect dan tin susu then pergi cari rumah jiran yang agak2 nak bagi “panas”..so, apa lagi time malam je, bakar meriam menghala rumah jiran2 yg berkenaan..huhu. bila jiran tu mengamuk dengan memaki hamun, kitorang lari lintang pukang..huhu. Start dari bulan ni juga, aku banyak lakukan benda2 yg xelok.. Paling aku xlupe, dari sini aku mula hisap rokok sebab member aku ada kedai runcit then curi rokok kedai dia dan kami share setiap malam 2, 3 kotak..huh.. Zaman kecik-kecik kena jadi nakal baru dapat kenangan best2..huhu.. tapi alhamdulillah la aku ni orang yang suka bersukan so, aku xsuke isap rokok bermula dari bulan tu sampai sekarang. Erm, ade lagi cite yg pelik2 aku nk kongsi tp mane leh bgtau dlm ni..xsurprise la..huhu..Apepun dibulan yang penuh keberkatan ni, aku menyeru agar kawan-kawan atau sape saje yang membaca blog aku untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Buat makluman kawan2, sekiranya kamu rajin dan ada mase kelapangan, sila tonton “Kalamullah” di TV3 setiap pagi selepas Subuh. Kalian akan sayu apabila mendengar anak-anak muda yang mengaji Al Quran dengan bacaan yang merdu dan mendayu. Tambahan lagi, ustazah yang mengiringi memberikan tazkirah yang paling bagus untuk kita ikuti dan teladani.

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak. Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Sahabatku, apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Kawan-kawan, bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Semoga kita akan dapat manfaat serta kebahagiaan di dunia ini selagi nyawa kita masih bernafas untuk dibekalkan ke alam akhirat. Ingatlah sahabatku, dunia ini hanyalah buat sementara dan akhirat jua lah tempat yang kekal selama-lamanye. Selagi kita masih sedar dan mampu untuk menjadikan diri kita sebgai insan yang berguna untuk keluarga, jiran-jiran, masyarakat serta kepada Nya maka, jangan lah kita sia-siakan hidup kita dengan benda-benda yang boleh membawa kita ke arah kemurkaan Allah s.w.t. Sayangilah diri kita kerana tidak siapa yang mampu mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat membuat amalan seberapa banyak yang mungkin..

2 comments:

  1. bagus la x merokok..buat habis duit je wei...

    ReplyDelete
  2. huhu..betol2...nsb la aku xsuke..klo duk sblh org merokok pn aku thn nfs..huhu

    ReplyDelete