MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Thursday, August 19, 2010

Jadikan Tauladan DiBulan Penuh Rahmat..


Kisah Ibu Yang Berdendam Terhadap Menantu (Ibu, Anak Dan Menantu)

Suzana(nama sebenar)dan Razman(nama sebenar)adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur...mereka bagaikan belangkas yang x dapat dipisahkan lagi..tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaanNya..Salmah adalah ibu kpd Suzana..Beliau seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendaknya..Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu..dengan niat utk memisahkan mereka..

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibunya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. Setelah setahun berlalu mereka pan di ijabqabulkan... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman. tapi malang tlh menimpa mereka....Razman & Suzana tlh mendapat kemalangan semasa dlm perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertmbh marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit mukanya tersiat. Malah meninggalkan kesan yg amat menakutkan.. Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya itu menjadi cacat seumur hidup. Razman cuba utk memperbaiki keadaan... Kemudian, Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji x akan menceritakan kpd isteri & ibu mertuanya. Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya & memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya. Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya.. Doktor terdiam seketika lalu menjawab... penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua..

JANGAN MARAH YER.......*HAHAHAHAHA..

No comments:

Post a Comment