MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, August 7, 2010

Kiamat Semakin Hampir...!!!


Kali ini aku ingin memaparkan tentang kisah-kisah yang menyayat hati dan perasaan bagi insan yang mempunyai perasaan dan sayangkan dirinya kepada Allah s.w.t. Mungkin apa yang dikongsikan bersama ini mampu mendatangkan sayu di dalam jiwa dan mungkin juga mampu mengalirkan air mata bagi seorang ibu, emak, mama, perempuan, wanita atau sesiapa sahaja yang masih mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Cuba kita fikirkan. Apakah dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan.

Banyak remaja kini terlalu inginkan kebebasan dan ikutkan sangat budaya orang barat. Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, longkang, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi.
Aku ada terbaca dalam artikel Metro yang menyatakan “Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah. Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.”

Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Tapi kini, ape yang jelas kebanyakkan anak remaja kini terlalu taksub dengan benda-benda yang tidak bermoral sehingga melalaikan serta menghayutkan diri mereka ke arah yang tidak baik.

Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya. Apa yang terjadi kini, bukanlah bangsa asing atau agama lain tetapi, inilah dia orang MELAYU yang beragama ISLAM dan kini semakin layu apabila dipujuk rayu oleh kekasihnya untuk melakukan perbuatan terkutuk. Dan inilah dia apa yang kita perolehi daripada hasil didikan 30 tahun kebelakangan ini kerana ibubapa kini lebih mementingkan kerjaya berbanding kebahagiaan keluarga. Ramai anak-anak mereka terabai dan kurang mendapat perhatian serta kasih sayang daripada kedua ibubapa mereka kemudian, mereka lebih mendapat perhatian dan kasih sayang daripada insan yang bukan keluarganya sendiri dan mereka ini hanya menabur janji manis untuk mengambil kesempatan ke atas diri anak gadisnya atau sebaliknya.

Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan. Lebih malang, kita dapat rasekan bahawa dunia ini sudah semakin hampir ke arah kehancuran atau lebih dikenali hari kiamat. Sama-samalah kita renungkan dan berfikir sejenak sekiranya kita sudah berkahwin dan memperolehi seorang anak lelaki serta seorang anak perempuan. Kemudian, didikan agama yang kita beri adalah tidak ataupun sempurna dan yang lelaki melakukan perbuatan zina dengan kekasihnya dan sebaliknya terjadi kepada anak perempuan. MasayaAllah, sesungguhnya jauhkanlah keluarga kita dari bencana dan bahana yang kita tidak undang ini. Semoga apa yang terjadi masa kini, kita jadikannya sebagai satu panduan dalam hidup kita untuk menuju ke arah alam akhirat..

No comments:

Post a Comment