MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Friday, July 1, 2011

Larian Serentak "1Murid 1Sukan"


Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) antara jam 7.45 pagi, pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah bakal menyertai satu larian yang akan dilakukan secara serentak diseluruh negara bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan. Kebanyakan pelajar dan masyarakat umum kini, leka dengan aktiviti yang sihat seperti ini. Maka, dengan pelancaran larian secara serentak diseluruh negara akan dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang sihat dari segi mental mahupun fizikal.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap dapat mencipta rekod di dalam "The Malaysia Book of Records" bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.

“Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping, Perak”. Segala maklumat lanjut mengenai larian boleh diperoleh melalui laman web http://moe.gov.my/bsukan.


Harapan daripada diriku terutamanya sebagai cikgu sukan. Semoga pelajar dan seluruh warga pendidik untuk sama-sama menjayakan larian ini. Lakukan untuk masa depan anak bangsa kita dan ingatlah kesukanan dan kecergasan adalah penting untuk menjamin kesihatan kita dimasa hadapan.

No comments:

Post a Comment