MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Sunday, May 15, 2011

Oh..Hari Guru..Kembali Lagi..!@$&


Ku rasakan masa berlalu begitu pantas..tanpa kusedari..aku telah melalui 2 kali Sambutan Hari Guru sebagai GSTT dan Guru Praktikal. Kemudian, akan muncul kali ke-3 pada hari ini iaitu 16 MEI 2011 dan akan mematangkan diri ini sebagai seorang pendidik yang lebih tabah dalam menghadapi segala rintangan, dugaan dan cabaran yang mendatang.

Tema Hari Guru pada 2011 ini ialah ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Tema tu amat sesuai sekali dengan jasa dan tanggungjawab guru mendidik dan men’transformasi’kan anak bangsa.

Setiap 16 Mei adalah Hari Guru. Guru sering diibaratkan sebagai sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Ia mengingatkan kita pengorbanan guru dalam melaksanakan agenda membentuk insan bergelar pelajar agar menjadi seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual & Sosial (JERIS). Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

"CIKGU....Akulah yang kau pimpin dahulu
Melangkah dari teratak jahil itu
Meniti di titian ilmu
Belum puasku menghirup pengetahuan
Biarpun kini mendakap kejayaan
Sungguh.... tanpamu Cikgu
Siapalah aku.
Justeru... kata ikhlasku
TERIMA KASIH CIKGU"

Tugasku kini sebagai guru
setiap hari membelek buku
jam enam lebih sudah memandu
pulangnya nanti pukul tujuh malam

Kerja cikgu memang begini
pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti

Guru ada bermacam ragam
guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam

Guru hanya seorang manusia
salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga

Aku memang seorang guru
juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru

Guru bagaikan NTV7 kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana “Menjadi Inspirasi Hidupku”
Yang pasti Guru bagaikan serifm “sentiasa Di Hati”
Dan apa yang paling penting guru bagaikan pakej astro kerana “Macam-macam Ada”...

SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK SEKALIAN..;)

1 comment: