MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Tuesday, May 17, 2011

S@mbut@n H@ri Guru SMKBS@ 2011..;)


Tanggal 16 Mei 2011. Bermulalah Sambutan Hari Guru SMKBS@ bagi tahun 2011 dengan tema Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara dan pilihan warna ungu. Saat paling manis kerana kali pertama aku menyambut hari guru sebagai guru yang benar..(bukan olok2 lagi)huhu. Disebabkan sambutan pada hari permulaan sekolah iaitu hari isnin maka, persiapan pada pagi tu agak kelam kabut. Namun, semuanya dapat di atasi dengan bantuan dan kerjasama daripada semua warga SMKBS@.

Jam 7.30pg, bermulalah perarakan guru-guru ke Dewan Za'aba dengan diiringi muzik Gamelan oleh pelajar2 Muzik di bawah bimbingan En Dzurri.

Perhimpunan di pagi yang penuh hening itu, telah dilancarkan oleh pihak pentadbiran bersama2 pihak PIBG Sekolah serta warganya dengan bacaan Doa, Ikrar Guru, bacaan Sajak Guru serta Koir Nyanyian Guru SMKBS@.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh pihak pentadbir sekolah serta Majlis Pemotongan Kek Sempena Sambutan Hari Guru SMKBS@ 2011.

Kemudian, majlis dihentikan untuk memberi laluan kepada guru2 makan pagi serta bersiap untuk acara sukaneka. Sambutan drpd guru2 adalah menggalakkan untuk Futsal Wanita, Bola Jaring Lelaki, Kejar Pijak Belon, Makan Donat Digantung, Makan Buah Pisang&Buah Tembikai dengan menutup mata pasangannya. Banyak lagi acara tidak dapat diteruskan kerana masa tidak mencukupi.



Majlis diteruskan lagi, dengan persembahan daripada pelajar2 dan juga guru2 untuk memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini. Persembahan diteruskan dengan Persembahan pelajar Cina, India dan Melayu serta diikuti oleh guru.

Sambutan Hari Guru SMKBS@ tidak berakhir di sini kerana, ianya disambung pula jamuan di Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor dengan meraikan sekali Majlis Perpisahan Pn Ngu kerana dinaikkan pangkat sbg GPK Petang di SMK Dato' Penggawa Timur. Dan kami semua dijamukan dgn mknn plg sedap serta dipersembahkan dengan nyanyian lagu oleh En Hazli, Pn Salina, En Zaki dan yang terbaik sekali daripada En Sabri..huhu..


TERIMA KASIH buat rakan2 guru SMKBS@ serta warganya terutama kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru serta pelajar2 yang memberi anugerah dan hadiah kpd saya. Bukan hadiah atau anugerah ini yg saya mahukan tetapi cukup hanya sekadar melafazkan "SELAMAT HARI GURU CIKGU!!!"

No comments:

Post a Comment