MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Friday, April 29, 2011

KEJOHANAN RAGBI MSSD PASIR GUDANG 2011

Salam..
Sudah lama tiada berbicara..rindu rasa hati untuk sama2 berkongsi pengalaman sepanjang menjadi seorang pendidik. Awal bulan 3 aku dilantik untuk menjadi Pengerusi Teknikal (PT) Ragbi Daerah Pasir Gudang. Dan diberi tanggungjawab untuk mengelola Kejohanan Ragbi MSSD Pasir Gudang 2011..
Alhamdulillah, dengan hasil usaha rakan2 guru yang lain maka, Hari kejohanan iaitu 28hb April 2011 (Khamis) telah berlangsung dengan jayanya di SMK PG3. Segala persiapan dan perjalanan kejohanan dapat dilaksanakan dengan baiknya..
Sebanyak 10 buah pasukan (sekolah) yang mewakili daerah Pasir Gudang bagi tahun 2011 dan ianya merupakan penyertaan terbanyak sepanjang kejohanan ini diadakan di Daerah Pasir Gudang. Dengan kerjasama pihak sekolah dan kelab2 yang ada di daerah ini maka, segala pembaharuan dan pembangunan utk daerah Pasir Gudang dlm melahirkan pemain2 terbaik dan berbakat untuk mewakili negeri Johor dan seterusnya Malaysia akan dapat dikecapi dlm jangkamasa 2 hingga 3 tahun ini.

Aku juga berasa bersyukur apabila dapat melatih dan melahirkan bbrp pelajar yang tidak minat bljr dan disiplin yg krg untuk menyertai sukan Ragbi. Oleh itu, dengan penyertaan kali kedua SMK Bandar Seri Alam dalam kejohanan ini merupakan satu pencapaian terbaik berbanding thn lps iaitu tempat ke5 drpd 6 sekolah kerana pd thn ini, sekolah aku telah memperolehi Naib Juara apabila tewas dengan SMK PG2 diperlawanan akhir..InsyaAllah dgn hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak terutama Seri Alam properties kerana menaja pasukan aku untuk menyertai kejohanan ini serta pihak sekolah yang banyak membantu dlm pembangunan sukan serta pelajar2 yg memberi komitmen, disiplin dan semangat tinggi spnjg latihan dan di pertandingan sebenar. "Gud Job Guys"..Next year, we do da best 4 got champ title..;)

Thanx to my Bos Tn Hj Yahaya Bin Suip kerana memberi penghargaan kepada pasukan SMKBSA dengan meraikan pasukan ragbi di KFC Tesco Seri Alam..Jasamu Tetap Dikenang Sampai Bila2...

1 comment:

  1. tahniah hanafi...semoga lebih berjaya dan cemerlang dalam bidang pendidikan ini...insyaallah

    ReplyDelete