MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Sunday, April 17, 2011

TUGAS GURU - Bukan sekadar 7.30pg sehingga 1.30ptg sahaja...


SEORANG GURU BIASA

Tugasan seorang guru bukanlah untuk mengajar sahaja tetapi lebih daripada itu. Paparan ini juga bukan lah semata2 untuk mengungkit atau menunjuk2 tetapi hanyalah untuk dikongsi bersama2 dgn pembaca agar tidak menyalah ertikan tugas seorang guru itu terlalu mudah dan terlalu banyak cuti nya. Namun, sekiranya kita dihayati dan fahami betul2, ia bukanlah semudah yang disangkakan.. Nukilan dan coretan ini telah dipetik dan dihasilkan oleh karya Jimmy Rose..
1. Menulis rancangan mengajar di dalam Buku Rekod Mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar setiap hari
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan/kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran 7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik atau hospital
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi pelajar
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian (TOV)/ peperiksaan awal & akhir tahun
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga yang sering menyalahkan guru
15. Mengecat sekolah atau membuat mural di dinding sekolah
16. Membersihkan bilik / stor sukan / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan sukan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan/ujian. 1 Subjek 2 Kertas – 2 2x45=90 90x5=450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid setiap hari Isnin
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan
* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja di pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Malah ada juga guru yang dimaki, dihina dan dicaci oleh ibubapa yang sering menyalahkan guru kerana tidak menjaga atau mendidik anak mereka dengan baik. Namun begitu,sungguh besar pengorbanan guru-guru ini dalam mendidik anak bangsa kita.
SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

No comments:

Post a Comment