MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..
Saturday, April 16, 2011
Semakin Bercahaya!!!!
Salam..
Kala ini, ku sudah kekeringan dan ketandusan idea, setelah sekian lama tiada bicara dan tiada untuk bersua di dalamnya. Namun, segalanya berubah apabila ku merasakan semakin hari semakin bercahaya. Apakah yang diungkapkan dengan cahaya!!! Biarlah. Usahlah ditanya kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Kini, ku merasakan di manakah ia berada. Sentiasa membawa lembab basahan hujan lewat petang. Di situ, ku tersembunyi di suatu sudut nun di persekitaran ku. Lampu berkelipan di setiap ruangku yang agak gemerlapan dan di sini juga ku membilang rindu. Namun, tidak terbilang oleh fikiranku mengapa, rindu yang tersangat itu ku kirimkan dalam setiap salam dan doa buatmu. Biar di mana pun rindu itu berada dan semoga ia dapat merasa. Biar kita hanya berjumpa dalam seni jiwa asmara dan mungkin tiada ruang untuk kita sering berbicara. Dan aku juga sentiasa dan tiada pernah lupa untuk berdoa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment