MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, January 8, 2011

BEBERAPA NASIHAT YANG PERLU KITA IKUTI & AMALKAN MENURUT ISLAM

SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1.Merokok yang berterusan
2.Kolesterol yang berlebihan (punca utama)
3.Kurang tidur
4.Sentiasa mandi ditengah malam
5.Berjimak didalam air atau ketika cuaca terlalu sejuk
6.Melakukan kerja secara berterusan

Perkara-perkara yang boleh melemahkan tenaga dan mempercepatkan tua
1.Terlalu banyak berangan-angan
2.Banyak meminum air diwaktu pagi
3.Banyak memakan atau minum minuman yang masam

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam cuaca yang panas kerana:
•Mendatangkan penyakit kulit
•Merosakkan warna kulit
•Melemahkan jantung
•Menambahkan tekanan yang meluap
•Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat
•Melemahkan kecerdasan akal

TIDUR YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia menghilangkan keletihan dan kepenatan. Oleh itu, mari kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
1.Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2.Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3.Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4.Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
5.Tidur seketika sebelum masuk waktu zohor

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1.Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2.Selepas masuk waktu Asar.
3.Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1.Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2.Hindarkan dari tidur lewat malam.
3.Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4.Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5.Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6.Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

TAHUKAH ANDA???
1.Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 hingga 100 miligram Vitamin C
2.Orang yang sudah berumur tidak mendapat cukup Vitamin D kerana kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.
3.Kanak-kanak memerlukan lebih protein berbanding orang dewasa (kira-kira satu setengah hingga dua kali ganda per paun daripada berat badan) manakala bayi pula memerlukan tiga kali ganda lagi.
4.Vitamin B1 boleh mengurangkan mabuk laut dan udara
5.Flavonoids yang ditemui dalam anggur merah mempunyai kuasa 1,000 kali jika dibandingkan dengan Vitamin E
6.Pengambilan suplemen Vitamin E boleh mengurangkan sakit jantung
7.Untuk mengekalkan Vitamin B dan C, jangan rendam sayur-sayuran anda. sebaliknya terus basuh.
8.Beras perang atau merah adalah lebih sihat berbanding beras putih
9.Stainless steel, kaca dan bekas makanan berenamel adalah lebih bagus jika anda ingin mengekalkan nutrien makanan
10.Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang lebam akan kehilangan Vitamin A dan C.

PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM
LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1.Mandi setelah makan.
2.Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3.Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4.Berjaga malam selain dari qiamullail.
5.Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1.Memakan daging.
2.Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3.Terlalu banyak mandi.
4.Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5.Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6.Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1.Bercakap banyak.
2.Tidur banyak.
3.Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1.Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2.Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3.Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1.Tinggalkan dari bercakap kosong.
2.Sentiasa bersugi.
3.Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1.Melihat pekara-pekara yang haram.
2.Melakukan onani.
3.Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4.Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5.Tidak membaca Al-Quran.
6.Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7.Mengumpat dan mengata.
8.Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9.Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10.Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11.Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1.Dilarang tegas tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2.Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3.Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1.Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2.Selepas makan atau sebelumnya.
3.Ketika sedang makan.
4.Selepas memakan buah-buahan.
5.Selepas keluar dari bilik mandi.
6.Ketika terjaga dari tidur.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1.Melihat kepada benda-benda kotor.
2.Melihat kepada palang +/salib.
3.melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4.Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5.Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6.Banyak menangis.

3 comments:

  1. Bagus nasihat ni..sangat berguna i like♥..;)

    ReplyDelete
  2. kalo suke jdkan amalan then tlg sebarkan utk kebaikan kite bersama...huhu

    ReplyDelete
  3. emm..nice nasihat ni..,
    cikgu dpt dri mne??

    ReplyDelete