MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, October 2, 2010

WELCOME TO NEW SCHOOL "SMK Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor"

Salam Teristimewa buat pembaca blogku tersayang..Bila mula kerjaya aku ni, semakin terpinggirla blog aku untuk dikemaskini..Dikesempatan ini, aku nak kongsi sedikit cerita dan pengalaman aku menjadi seorang pendidik.

Bermula dari aku menjadi seorang Guru Ganti kemudian, Guru Sandaran Tidak Terlatih, Guru Praktikal dan sekarang Guru Sandaran Siswazah Terlatih. Sepanjang kerjaya aku menjadi guru, aku dapat rasakan terdapat persamaan antara nama dan bangunan sekolah yang pernah aku ajar. Bermula dengan SMK Seri Aman, SMK Bandar Baru Sri Rusa dan SMK Bandar Seri Alam semuanya ada ayat "Seri" dan bangunan nya semua jenis moden..Tapi, apa yang aku terkilan terpapar je perkataan seri dan bangunan yang baru namun, segelintir pelajarnya masih tidak berseri dan pemikirannya kuno..huhu..

Cabaran dan dugaan untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber dimasa kini adalah amat sukar. Pelajar kini terlalu bebas untuk melakukan sesuatu tindakan negatif tanpa merasakan kesan atau akibat yang bakal menimpa mereka. Siapa yang harus kita persalahkan???IBUBAPA, GURU atau PELAJAR itu sendiri??Apa yang aku nak kongsikan di sini, kebanyakkan pelajar kini terlalu rendah akhlaknya serta tiada disiplin yang tinggi untuk menghormati guru dan lebih suka membuat perkara yang negatif bagi melepaskan sesuatu tindakan serta masalah. Masalah yang wujud kini, dapat aku rasakan pelbagai pihak harus dipersalahkan dan paling utama adalah sikap individu itu sendiri. Ini kerana, zaman serba kecanggihan ini, ramai umat manusia lebih mementingkan diri sendiri serta lebih mementingkan kebendaan daripada kasihsayang. Adoi..wujudnya jurang kasihsayang yang sempurna daripada ibubapa kerana lebih mementingkan kerjaya serta kongkongan ibubapa yang melampau menyebabkan mereka terpaksa menjadi seorang yang hipokrit. Ibubapa kini lebih banyak mendidik anak2 untuk lebih takutkan mereka daripada lebih takutkan diri anak2 mereka kepada ALLAH S.W.T.

Itu yang menyebabkan anak2 zaman sekarang lebih bersikap pura2 iaitu menjadi baik depan ibubapa dan sebaliknya menjadi durjana di dalam sekolah. Kemudian, apabila mereka membuat salah di sekolah, ibubapa mereka akan menyalahkan pihak sekolah kerana gagal mendidik dan membimbing anak mereka ke arah yang lebih baik seterusnya, mereka akan menyaman pihak sekolah kerana ingin memanjakan anak mereka dengan menyalahkan pihak orang lain daripada melihat kesilapan diri sendiri. Tambahan lagi, zaman kini terlalu banyak MAKANAN yang tidak sihat samaada dari yang HARAM dan makanan segera untuk dimakan dan menyebabkan mereka membesar dengan tidak sempurna dari segi mental terutamanya. Aku juga seorang insan biasa dan mampu berkongsi sedikit pandangan dan masalah yang wujud kini bagi mengatasi serta membendung gejala yang kurang sihat dialami anak2 zaman sekarang. Sama2lah kita fikirkan cara dan bagaimana untuk kita mendidik anak2 kita akan datang dengan lebih baik dan sempurna.

2 comments:

  1. assalamualaikum cikgu...
    handsome nye cikgu kita ni..kalu aku jd student, sure tunggu je masa ko masuk...haha..

    ReplyDelete
  2. salam..yela orked putih..huhu..
    budak2 lari time claz aku sbb aku garang sgt..ngee

    ReplyDelete