MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, October 23, 2010

My New Life's

Salam kawan2..dah lama rasenye aku x meninggalkan sesuatu di dalam blog aku. Sejak bergelar cikgu kembali ni, masa sangat mencemburui aku. Alhamdulillah, atas berkat doa, usaha dan tawakal aku sudah kembali menjalani hidup seperti sediakala.
Kali ini, aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku di sekolah yg baru iaitu SMK Bandar Seri Alam, Pasir Gudang. Permulaan aku ke sekolah ini adalah seramai 5orang guru DPLI iaitu 1 lelaki dan 4 perempuan. Namun, pada hari khamis datang seorang lagi pelajar DPLI yg posting ke sekolah iaitu guru Pendidikan Khas. Sepanjang berada di sekolah ini, 3minggu kami menjalani minggu orientasi. Semuanya berjalan dengan baik dan sempurna. Bersyukur tak terhingga kerana suasana di sekolah ini sangat tenang dengan layanan yang baik oleh pihak pentadbir, staf sokongan, rakan-rakan guru yang lain dan manakala, pelajar pula masih huru-hara..huhu..biasalah, zaman sekarang ni ramai pelajar yang kurang bermoral dan berdisiplin tapi, xsemuanya..

Alhamdulillah, sepanjang proses orientasi dan suasana pekerjaan yang berjalan lancar maka, aku diberi tugasan yang mencabar. Dan apa yang paling aku suka adalah dengan menjadi guru sukan kerana aku mmg org sukan. Walaupun, sekolah aku hanya ada 5% guru lelaki daripada 100% namun, kami semua tetap berganding bahu dalam melaksnanakan pelbagai tugasan yang diberi. Dengan keikhlasan dan kerjasama yang baik maka, kami dapat menyiapkan tugasan tanpa sebarang masalah. Akhirnya, kami dapat memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya 2010 bersama2 tetamu jemputan dan pelajar2 bakal cemerlang serta dapat melaksanakan Majlis Konvokesyen SMK Bandar Seri Alam 2010 untuk pelajar2 Form5.

Baru-baru ini juga, aku diamanahkan untuk membawa pelajar2 PMR untuk lawatan ke Cameron Highland dan KLCC namun, lawatan ke Cameron saja dapat ditunaikan manakala, ke KLCC ditukar planning ke Kilang Coklat Beryl’s kat serdang, Putrajaya dan ke Air Hitam..pelbagai karenah dan ragam pelajar2 sepanjang perjalanan ke sana. Terima kasih tidak terhingga kepada kak Azlina dan Faiza selaku guru kaunseling dan pengiring bersama2 pelajar ke lawatan ini. Akhirnya, aku kembali ke sekolah untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik untuk memastikan generasi akan datang terus cemerlang, berdisiplin dan berdedikasi ke arah kemajuan Negara.

2 comments: