MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Sunday, October 24, 2010

Perjalanan Hidupku..


Dari bawah aku bermula..Bertatih-tatih berjalan.
Sukanya aku apabila melihat kemahuan kecilku itu dituruti.
Paling gembira saat itu, sudah tentu bonda dan ayahanda.
Dari berjalan, aku cuba berlari..Berlari-lari anak.
Belari berlari sehingga aku mampu berlari ke garisan penamat.
Berlari mengejar wawasan dan cita-cita hidupku.
Hingga kini, aku masih belum berhenti berlari.
Adakalanya aku letih..Letih kerana sepanjang perlarianku. banyak paku,cermin,sisa-sisa makanan menghalangku.
Kerana apa aku kuat?..Ayah dan emak..
Kerana aku taknak lihat senyuman di muka mereka hilang.
Aku taknak lihat mereka menangis bersedih kerana aku keletihan berlari.

Teman...
Berbekalkan lawak jenaka dan motivasi spontan yang mereka beri.
Aku masih ada tenaga untuk berlari..Berlari sambil tersenyum.
Walaupun keletihan..Berlari sambil ketawa.
Tersembur air liur..Kerana jenaka yang diberikan.Manisnya ukhuwah.

Kekasih...
Orang paling setia denganku..Seorang yang mempunyai 1001 kerenah.
Berkat dorongannya. Aku kuat. Aku cergas.
Aku masih mampu lagi berlari..Hingga saat ini.
Aku masih terus berlari.
Tapi.. ada satu ketika, saat aku sedang berlari,
Terlintas di depan mataku. satu tempat yang sunyi.

Yang sepi..
Tiada khabar berita di sana..Ada masanya bercahaya.
Ada masanya kelam, gelap, tiada apa-apa.Aku terdiam sejenak.
Tidak mampu berkata apa-apa.Sedarnya aku, hidup ini akan berakhir satu hari nanti.
Mana mungkin aku mampu berlari selama-lamanya. Sekadar insan biasa. Akhirnya,aku akan terhenti. Terduduk dan terbaring di atas tanah.

Moga saat itu..
Aku sudah mampu membuatkan orang-orang sekelilingku bahagia.
Bahagia dengan kepantasanku. Bahagia dengan kekuatan staminaku.
Aku tahu. Aku sedar. Aku hanyalah sekadar insan biasa...

4 comments:

  1. selamat pagi cikgu..eh, silap, selamat pagi cinta..keh keh...

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH...kebahagian dalam hidupmu akan hadir jua...semoga kau terus berlari mengejar segala impianmu dengan penuh kasih sayang....

    ReplyDelete
  3. wahida...notty eh..
    ayuinsyirah..huhu..hope so

    ReplyDelete
  4. eemm..eemm...baby harap cikgu akan terus berjalan..spai lah ke hujung nyawa..cikgu demi mengejar..impian cikgu yg di impikan...slma ini....gOd LuCK...

    ReplyDelete