MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Tuesday, August 23, 2011

Ayat Lawak Lepas Kahwin


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuaxxxh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa gi lah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun : Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun : JANGAN TUKAR2 BOLE TAK..

Monday, August 22, 2011

Berakhirnya Bulan Ramadhan 1432H

Tiada terasa, kini kita telah berada di penghujung akhir Ramadhan. Seakan baru semalam kita menyambutnya, namun kini ia akan pergi meninggalkan kita. Tiada yang tahu apakah kita akan menjumpai lagi Ramadhan tahun depan. Mengingat tujuan akhir dari kewajipan puasa Ramadhan adalah darjat takwa(Albaqarah, ayat 183).

Dari Jabir bin Abdillah r.a. dari Muhammad SAW : beliau bersabda, 'Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadhan, ia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan : menjumpai Ramadhan mendatang atau pengampunan dan rahmt Allah'.

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan yang hampa semata."

Maka..Senja ini, ketika matahari terbenam dan azan maghrib berkumandang, insya Allah Ramadhan akan berganti Syawal.

Tuesday, August 16, 2011

Di Penghujung Ramadhan..


Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Sunday, August 14, 2011

SIRI 1 : AWAL AL-MUBARAK

Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.

Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

Friday, August 5, 2011

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN


Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan dahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

* Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
* Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
* Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
* Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
* Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
* Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Rugby SMKBSA 2011


Berakhirlah sebuah episod "SA RUGGERS". Mewakili SMKBSA Bawah 18 tahun dan 15 tahun ke Cabaran Iskandar 10's Terbuka Malaysia 2011. Pengalaman Bawah 18 tahun bermain kali ke-2 di kejohanan ini memberi kesan positif kepada pasukan ini apabila layak sehingga ke peringkat suku akhir (Bowl).
Manakala, Bawah 15 tahun hanya 1 bulan berlatih dan telah memberi saingan kepada pasukan bertanding dan akhirnya layak sehingga ke pusingan kedua apabila tewas dengan lambungan syiling. Berdasarkan kepada pencapaian itu, Maktab Sultan Abu Bakar @ EC telah menjemput pasukan Bawah 15 Tahun untuk perlawanan persahabatan.

Oleh yang demikian, dengan semangat dan disiplin yang tinggi ditunjukkan maka, pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi melahirkan lebih banyak permata dalam sukan ini. Ayuh bangkit dan terus maju SA RUGGERS demi pasukan SMKBSA dimasa akan datang. Sekalung tahniah untuk warga SMKBSA, PIBG serta Seri Alam Properties kerana banyak memberi sokongan sama ada dari segi moral dan kewangan.

Guru @ Cikgu!!!


Salam 1 Malaysia..
Di sini aku ingin mencoretkan sedikit pengalaman aku sepanjang bergelar seorang guru Sukan di sebuah sekolah dalam negeri Johor. Walaupun pengalaman aku menjadi guru di sekolah ini baru 10 bulan namun, banyak perkara baru yang boleh aku gunakan untuk menghadapi masa2 mendatang. Guru oh guru..Guru dulu amat berbeza dengan guru kini.. Orang cakap cikgu ni senang, relaks, banyak cuti then gaji besar!!!Tapi, semua itu adalah disebaliknya. Nak tau kenalah ceburi bidang ini terlebih dahulu. Peranan seorang guru itu kadang2 melebihi batasannya sehinggakan kajian menunjukkan hampir 40% guru mengalami gangguan mental serta mengalami masalah kesihatan seperti sakit jantung dan darah tinggi. Bagi aku tanggungjawab tetap tanggungjawab maka, aku tabahkan hati dan semangat untuk mengubah sesuatu yang mungkin tidak pasti akan berjaya bagi sesetengah pendapat guru yang lebih senior. Apepun bagi aku, perubahan sesuatu yang mungkin memberi kesan positif kepada semua pihak, akan menyebabkan banyak pihak akan tertanya dan berfikir secara bijak. Sekiranya kita mengajar bagai nak mati tapi, pelajar tidak minat belajar dan suka membuat masalah dalam kelas maka, kita harus berfikir secara logik kesan yang kita perolehi hanyalah gagal. Apakah yang perlu kita usahakan untuk menarik minat mereka ini untuk terus belajar. Bagi aku zaman sekarang sememangnya lain dengan zaman dulu. Niat pelajar2 ke sekolah untuk belajar telah bertukar menjadi niat untuk mendatangkan masalah sama ada kepada guru mahupun rakan2nya. Hal ini berlaku adalah disebabkan kemalasan serta ketidakminatan mereka untuk belajar. Tambahan lagi mereka ini mempunyai masalah disiplin tahap tinggi bermula dari rumah mereka sendiri. Oleh itu, aku ada cara tersendiri dan aku berpendapat bahawa sekolah aku mempunyai banyak bakat yang berbeza dari aspek kokurikulum berbanding dengan sesetengah sekolah yang hanya fokus terhadap akademiknya. Bagi aku, pelajar2 sekolah aku adalah unik di mana, mereka tidak minat untuk belajar tetapi mereka mempunyai minat yang berbeza iaitu sanggup berpanas untuk melakukan latihan kawad kaki, bersukan, bermain muzik serta melakukan aktiviti luar bilik darjah. Maka, dengan adanya minat mereka ini, secara tidak langsung kita boleh menarik minat mereka untuk menceburi aktiviti kokurikulum yang mereka pilih. Sebagai contoh, aku adalah seorang guru sukan maka, aku telah mewujudkan 1 Kelab Ragbi di sekolah ini utk dijadikan sebagai watak sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor. Dengan wujudnya sukan ini maka, lebih ramai pelajar2 yang tidak minat untuk belajar akan bermain sukan ini. Secara tidak langsung, aku telah merapatkan lagi hubungan dengan pelajar2 yang bermasalah untuk belajar dan masalah disiplin di sekolah. Oleh itu, aku dapat mendisiplinkan mereka untuk terus bermain dan akhirnya apabila minat mereka ada terhadap tujuan mereka datang ke sekolah maka, disiplin mereka terus terkawal dan secara automatiknya mereka akan terus minat untuk belajar. Secara kesimpulannya, menarik minat pelajar untuk belajar adalah dengan cara melihat minat mereka terlebih dahulu dan kemudian kita boleh kawal disiplin mereka serta kesannya kepada akademik adalah positif.