MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran 1432H

Pejam celik, Pejam celik, Dah 29hari kita bepuasa,semakin dipejam celik, semakin banyak salah & dosa terhadap Nya. Sementara masih celik & bernyawa, banyak2 perlu membuat pahala, sebelum yang celik bertukar menjadi pejam untuk selama-lamanya. Esok sudah Hari Raya. Seluruh Langit, Bumi serta Malaikat kini bersedih tatkala menjelang pemergian Bulan Ramadhan. Kerana bulan inilah yang banyak memberi hidayah serta keberkatan kepada muslimin dan muslimat. Lalu mereka menyapa nak ke mana tu??Ramadhan menjawab "Aku harus pergi dahulu, sampaikan pesanku kepada para mukmin bahawa Bulan Syawal bakal menjelma maka, sambutlah ianya dengan penuh kesyukuran, ku berterima kasih kerana menyambutku dengan penuh keimanan, kelak aku akan sambut mereka di pintu syurga". Dengan ayat2 di atas tersebut maka, banyak lah pahala kite seandainya sepanjang bulan ramadhan kita membuat banyak kebajikan dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kita tiada tahu samaada kita akan bertemu lagi di bulan ramadhan akan datang atau pun tidak.

Salam Aidilfitri ingin diucapkan kepada seluruh umat islam di dunia amnya dan di Malaysia khususnya. Tidak lupa kepada keluarga tercinta baik keluarga kandung mahupun keluarga angkatku..sahabat2 yang mengenali diri ini..saudara mara ku yang berada di negeri Johor mahupun di seluruh Malaysia..Guru-guru yang telah banyak berjasa mendidikku dengan sempurna sehingga ku berjaya.. Salam dihulur maaf dipinta, kekhilafan yang lalu harus dilupakan. Segala perkara yang kurang disenangi dilakukan samaada sengaja mahupun tidak sengaja, andai tersalah kata, tersilap bicara harap dimaafin. Semoga Syawal yang menjelma ini, memberikan hidup kita akan terus berbahagia, diberkati dan dirahmati oleh Nya.

2 comments: