MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Wednesday, August 31, 2011

♥Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!Kali Ke???♥

Apa itu MERDEKA??? Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Tahun ini, Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan jatuh pada bulan & minggu yang sama. Kesyukuran kita sebagai rakyat Malaysia terhadap Nya adalah perlu kerana kita sama-sama dapat mengecapi kedua2 sambutan pada tahun ini. Walaubagaimanapun, setelah 54 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan begitu pesat dan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh dan punah begitu sahaja.
♥♥♥SALAM KEMERDEKAAN BUAT SELURUH WARGA MALAYSIA♥♥♥..

No comments:

Post a Comment