MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..
Saturday, May 28, 2011
FiKiRKaN SeJeNaK...SaLaH SiaPe???
Dewasa kini, kita berada dalam zaman kemewahan dan kecanggihan. Manusia @ lebih menjurus kepada MELAYU MUDAH LUPA. Kita sering lupe akan asal usul kita. Kita leka akan siapa diri kita. Apa yang kita tahu, ENJOY sepuas2nya tanpa memikirkan akan keburukannya dimasa akan datang. Ini bermaksud "KALAU KITA BUAT DUNIA INI MACAM SYURGA MAKA NERAKALAH TEMPAT KITA NANTI". Bercinta itu memang MUDAH dan INDAH tetapi, untuk menjadikan sesuatu percintaan itu penuh dengan kasih sayang dan penuh kesuciaan amat sukar dilakukan oleh setiap pasangan masa kini.
Janganlah kita asyik menuding jari untuk menyalahkan sesuatu pihak sahaja tetapi, haruslah berfikir bagaimana dalam mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah remaja yang terlalu bersosial sampai terlupa akan agama dan suruhan-NYA. Kita sering terfikir akan kesabaran dalam menghadapi segala dugaan hidup untuk berfikir mencari jawapan yang TERBAIK bagi merungkai masalah yang dialami... PERJALANAN YANG PENUH DUGAAN ITU MESTI ADA JALAN TERBAIK. JGN KITA SILAP LANGKAH DAN JANGAN KITA MALU BERTANYA JIKA MAHU MILIKI SESUATU JALAN YANG TERBAIK...
SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara. Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dengan cara yang betul. Lalu, di manakah terletaknya kebahagiaan itu? Apakah pada wang yang banyak, harta yang melimpah, emas yang bertimbun atau pada pangkat, seks bersama kekasih dan sesuatu nama yang bergelar orang2 besar.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Subahanallah..sama2 kita renungkan~
ReplyDelete