MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, January 21, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Salam 1 MALAYSIA..

Terutama sekali, aku ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua, terutama buat pelajar2ku, sepanjang cuti seminggu ni jangan lupa baca buku dan membuat latihan sukan..Rakan2 yang pulang ke kampung untuk bercuti tu, hati2 semasa memandu ye, amalkan sikap sopan di jalan raya..ingatlah orang yang tersayang..anda pasti akan selamat..

Tahun 2012 ini ialah Tahun Naga Air iaitu haiwan kelima daripada 12 haiwan dalam zodiak Cina dan akan lahir pada 23 Januari. Naga itu merupakan lambang tersohor dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Warna pilihan untuk tahun ini juga adalah berwarna merah.

Bagi Masyarakat Cina percaya, tahun baharu ini akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang dilahirkan pada Tahun Naga.

Individu yang dilahirkan pada Tahun Naga dipercayai akan mempunyai ciri-ciri positif, keusahawanan, artistik, inovatif, berkuasa, bertuah, bersemangat, intuitif, dan sifat negatifnya ialah angkuh dan cepat marah.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' buat semua rakan2 yang berbangsa Cina. Semoga gembira dan bahagia dalam meraikan Chinese New Year. Diharapkan tahun ini membawa 'ong' buat kalian semua...Sediakan angpau untuk aku..ngeeee~

No comments:

Post a Comment