Salam..kawan2 ku yang belum berkahwin..ade beberapa pesanan;)
Menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah. Tidak kiralah persediaan umum atau khusus. Oleh itu, perkaitan dengan persoalan persediaan, persiapan dan target untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil dan mudah.
Dan jika persoalan itu dapat dirungkaikan dengan jawapan. Barulah seseorang itu akan merasa yakin dan tenang untuk melangkah ke alam perkahwinan yang penuh duri dan ranjau. Persediaan minda dan kerohanian, persediaan fizikal, persedian ekonomi dan persediaan sosial. Semua ini harus diselesaikan jika kita benar-benar sudah bersedia dan memperkemaskan diri dengan ilmu dan sebagainya.
Untuk yang berhajat dan terfikir untuk berkahwin, kita harus melihat ke hadapan serta berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwaraga yang telah bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya kelak yang bakal menanti.
Bukan sekadar PANDAI melafaz sakinah depan tok kadi semata-mata! Mereka yang berjiwa besar sahaja, akan memikirkan untuk melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alam perkahwinan tidak semudah dan seindah yang disangka. Lebih dari itu.. Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah dan fikirkanlah… Jika ayat ini yang terlafaz keluar dari mulut kita, Berhati-hatilah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main api dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah berusaha meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Wahai Tuhan kami. Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah Rahmat kepada kami. Muhasabah buat diri saya juga dan sekadar perkongsian hati buat mereka dan diri saya yang bakal mendirikan rumah tangga akan datang.Saya?.. Tinggal beberapa hari untuk dihitung! Moga ada sinaran cahaya akan terus bersinar sehingga ke syurga.
Definisi Perkahwinan
Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut istilah syara' pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata - kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam.
Persediaan Perkahwinan
Dah kahwin? Kalau belum, mari baca beberapa tips persediaan perkahwinan, dan kalau yang dah kahwin dan ingin melangsungkan perkahwinan lagi, apa salahnya membaca juga kan?
Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat penting, jadi perkahwinan bukan melibatkan persediaan persalinan semasa majlis perkahwinan dan barang hantaran saja, malah ia membabitkan soal persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal. Berikut merupakan sedikit senarai semak, sebagai tanda persediaan perkahwinan.
Seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan juga perlu berhati-hati dalam membuat persiapan perkahwinan terutamanya dari segi kewangan. Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari. Justeru, gunakan senarai semak di bawah bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!
BIL PERKARA BAJET (RM)
1 Yuran kursus pra perkahwinan
2 Cincin tunang
3 Cincin kahwin
4 Barang kemas
5 Wang mas kahwin
6 Wang upah kadi
7 Kad jemputan kahwin
8 Setem untuk pos kad jemputan
9 Wang hantaran
10 Sirih junjung
11 Kain ela
12 Baju kurung
13 Telekung & Sejadah
14 Senaskah Al – Quran
15 Beg tangan
16 Kasut
17 Jam tangan
18 Set penjagaan badan
19 Set alat solek
20 Kek
21 Buah-buahan
22 Coklat
23 Potpurri
24 Gubahan barang hantaran termasuk upah
25 Hiasan bilik tidur
26 Pelamin
27 Bunga telur
28 Bunga pahar
29 Gambar & upah jurugambar
30 Sewa kanopy termasuk alas meja dan upah pekerja
31 Set meja pengantin termasuk alas meja dan bunga
32 Set makan beradap
33 Penanggah
34 Katering
35 Upah kumpulan kompang
36 Upah DJ
37 Kos perjalanan rombongan pergi dan balik
38 Kos tempat penginapan
39 Cenderahati untuk saudara dan sahabat
40 Upah juruandam
*Di susun bukan mengikut keutamaan tetapi mengikut keperluan & kepentingan bersama kedua-dua belah pihak bakal pengantin..;)
• Budget Kahwin - Perkara yang boleh di anggap penting. Pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menyediakan budget kahwin yang mencukupi. Budget kahwin ni termasuklah semua perkara, dari segi hantaran, persalinan, jurusolek, jurugambar, makan, cenderahati kepada tetamu dan lain-lain perkara yang termasuk dalam budget perkahwinan. Lebih penting, perlu juga memastikan ada baki dalam akaun simpanan, takut nanti lepas kahwin, kena puasa berbulan-bulan.
• Rancang tarikh - penting untuk memilih tarikh bagi merisik, bertunang, bernikah dan berkahwin (pihak perempuan) dan majlis menyambut tetamu (pihak lelaki). Pemilihan tarikh yang sesuai amat penting supaya majlis yang akan berlangsung juga akan menjadi lebih meriah.
• Kursus Kahwin - Kahwin pun kena pergi kursus. Jangan pula nanti main redah je. Ok, sila pastikan diri telah menghadiri kursus kahwin terlebih dulu, yang melayakkan kita kahwin. Kursus macam ni, ada yang liat nak hadiri juga? Kalau dtg pn utk syarat je tp pengisian nya hampeh, tu yg boleh menyebabkan punca penceraian kalau xfokus time pergi kursus ni...
• HIV TEST - HIV TEST ni pun dah diwajibkan utk semua negeri. Klo dlu HIV test ni hanya untuk negeri-negeri tertentu sahaja. HIV test untuk menentukan kita dan pasangan bebas dari sebarang VIRUS_VIRUS HIV. Selalunya HIV test perlu dibuat di hospital kerajaan dan masa utk buat hiv test 5 minit jer. So, Kalo anda belum buat HIV TEST silalah buat sbb ianya salah satu syarat untuk isi borang kahwen
• SURAT AKUAN BUJANG - Surat Akuan Bujang ini adalah untuk memastikan anda yang bakal berkahwin ni masih bujang trang tang-tang yang akan dikeluarkan oleh Majikan tempat anda bekerja.
• BORANG NIKAH DI LUAR MUKIM - Borang nikah di luar mukim ni sebenarnya bergantung kepada anda. Macam saya dulu, husband saya yang perlu isi borang permohonan untuk nikah diluar mukim sebab dia kena nikah di tempat saya. So, saya tak perlu la isi. Tapi ada juga perempuan perlu isi borang ni kalo dia nak nikah diluar dari mukim yang dia tinggal. So, check la betul-betul sama ada anda akan nikah dalam mukim atau luar mukim.
• BORANG NIKAH - Bila dah siap semua perkara di atas, dengan tersenyum lebar, anda dan pasangan anda sudah boleh mengisi borang nikah. Tapi si lelaki mesti la dah siap semua borang dulu dan hantar kepada pejabat agama kawasan tempat si lelaki bermastautin. Apabila pejabat agama dah settle kan semua borang, diorng dah check n dah sign mana yang sepatutnya, maka si lelaki boleh menyerahkan borangnya kepada si wanita. Dan kalo tak salah saya dalam masa seminggu dah siap borang tuh. Dan sijil nikah si lelaki akan di cop TELAH DIGUNAKAN. heheh so after this takleh nak guna lagi. So, si wanita boleh amek borang si lelaki dan hantar kepilkan bersama borang-borang dia dan boleh hantar ke pejabat agama yang berdekatan dengan tempat yang dia nak nikah. Slalunya yang berdekatan dengan rumah pengantin pompuan la. Jarang plak pengantin pompuan nak nikah kat rumah lelaki kan. :)
• WALI - Siapakah wali anda? Wali ni slalu ayah, datuk or adik beradik. Macam kawan saya dlu adik dia yang jadi wali sbb ayah dah kembali ke Rahmatullah.. Wali ni pun satu benda yang penting. Kalo tak der wali camne nak kahwin ! Tak sah kahwin tu..sbb wali merupakan salah satu daripada rukun nikah.
• PERBINCANGAN - perbincangan ni termasuklah persediaan untuk konsep perkahwinan, adat perkahwinan, menentukan perbelanjaan, kad jemputan, buah tangan dan juga tempat berbulan madu. Erm, ini pun masuk dalam persediaan perkahwinan ke? entahlah, ye kot, senang nak merancang kan.. Jadi, lakukan perbincangan dan sebaik-baiknya di persetujui kedua-dua belah pihak.
• PENGANTIN – Kalau nak kahwin, mesti lah ada pasangan pengantin kan? Jadi, mungkin ini perkara utama yang perlu disediakan dalam persediaan perkahwinan. Kalau boleh biarlah pasangan suka sama suka, jangan pula masih ada kahwin paksa-rela ok, ni kahwin betul-betul ok, ini bukan cubaan!
• MAKANAN TIME KENDURI - Saya rasa dalam kemuncak majlis, inilah yang paling penting. MAKANAN. Makanan mestilah cukup dan cukup masak! Kenape saya cakap camtu ? Pernah kami pergi kenduri kahwen, pukul 1tghari, makanan dah habis sedangkan tetamu masih ramai diluar. Huhuhu Kesian Pengantin ! Mesti malu kalo kawan-kawan kita datang. Dan manusia ni biasa la, mesti asyik cerita pasal benda tuh ! Cam saya ni...siap tulis kat blog lagi ! Hehehe...Tak kesah la samaada Catering atau Rewang, yang penting MAKANAN mesti cukup. Walaupun, hanya dua tiga jenis lauk.
• RESTU KELUARGA - RESTU KELUARGA yang paling penting. Sebab restu keluarga yang menentukan kebahagian kita, Percaya tak ? Sebab redha Allah terletak pada redha ibubapa. Kalo kite tengok banyak kes-kes yang kahwin lari or kahwin tanpa restu, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta pun akan runtuh. Dan satu perkara yang perlu kita ingat, apabila kita berkahwen dengan pasangan kite bermakna kita berkahwin dengan keluarga dia jugak. So baik buruk keluarga die kita kena terima.
Inilah yang merupakan senarai yang aku fikir perlu di sediakan untuk persediaan perkahwinan. Kalau pembaca di luar sana yang sudah berpengalaman berkahwin satu, dua, tiga atau empat, maksud jelas aku, yang sudah berpengalaman berkahwinlah, ada beberapa cadangan tambahan, aku alu - alukan untuk meninggalkan pendapat anda. Bukan apa, aku boleh jadikan rujukan nanti. Huhuhu..
No comments:
Post a Comment