MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Sunday, July 3, 2011

Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2011

KARNIVAL RAGBI ANTARABANGSA JOHOR 2011 - Cabaran Iskandar Malaysia 10's 2011

Aduhai..Habis Kejohanan Balapan & Padang Kali ke-10, SMKBSA 2011. Aku ditakdirkan untuk berehat di rumah kerana terdapat satu penyakit yang dinamakan chicken pox. Oleh yang demikian, aku telah meninggalkan Pasukan Ragbi Sekolahku menjalani latihan secara bersendirian dengan bantuan sekali-sekala daripada Kelab Beringin Rendang. Diharapkan Pasukan ku menjalani latihan yang gigih untuk mendapatkan sesuatu daripada Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2011. InsyaAllah tinggal beberapa hari saje lagi game akan bermula, kita akan lakukan yang terbaik demi "SA RAGGERS 2011".

Karnival Ragbi Antarabangsa Johor 2011 merupakan julung kalinya diperkenalkan pada tahun ini oleh Kesatuan Ragbi Johor. Karnival ini bakal menyaksikan dua kejohanan ragbi yang berprestij dianjurkan dalam masa dan di tempat yang sama iaitu Kejohanan Ragbi ARFU 7’s Bawah 20-Tahun dan Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s 2011. Karnival ini akan dianjurkan dan dihoskan oleh Kesatuan Ragbi Johor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kesatuan Ragbi Malaysia.

Kejohanan Ragbi ARFU 7’s Bawah 20-Tahun merupakan edisi pertama penganjuran oleh pihak Asian Rugby Footbal Union (ARFU) dengan hak penganjuran untuk pertama kalinya ini diberikan kepada Malaysia dan negeri Johor telah dipilih untuk menjadi penganjur dan hos bagi kejohanan ini. Sebanyak 12 buah pasukan dari negara-negara Asia yang terpilih akan menyertai kejohanan ini.

Sementara itu, Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10’s 2011 merupakan tahun ke-2 penganjurannya di mana ia merupakan kejohanan ragbi kompetitif peringkat junior yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 64 buah pasukan akan bertanding di dalam kejohanan ini dari seluruh Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Sebelum ini kejohanan ini dikenali dengan nama Tunku Mahkota Johor 7's yang pernah dianjurkan pada tahun 2008 dan 2009.

Karnival ini akan berlangsung pada 9 & 10 Julai 2011 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Johor, MALAYSIA. Diharapkan warga Johor terutamanya dapat memeriahkan lagi Kejohanan ini agar ianya akan dapat menjadikan sukan ini semakin popular dan dekat dihati semua.

2 comments:

  1. semoga cepat sembuh dan semoga kumpulan ragbi yang dilatih peroleh kejayaan dan kecemerlangan...insyaallah...

    ReplyDelete