MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Wednesday, September 8, 2010

♥ S@L@M @!D!LF!TR! 1431 H ♥



Ramadhan berlalu dalam ketaatan..
Syawal tiba penuh kesyukuran..
Salam Aidilfitri saya hulurkan..
Persaudaraan di bawah limpahan Ar Rahman..


Khas buat sahabatku dan sesiapa yg melawat blog aku yg xseberapa ini. Semoga dibulan yg penuh berkat ini, kalian semua dilindungi Rahmat dan sentiasa ceria selalu disamping orang yg tersyg..

Bulan Syawal bakal menjelma dan Bulan Ramadhan Al Mubarak semakin sampai dipenghujungnya. Semoga Allah s.w.t. menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang telah kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang..InsyaAllah..Amin..:)

Salam dihulur pembuka bicara, semoga dibulan mulia ini, aku dapat memohon keampunan dan kemaafan dari kalian semua seandainya, aku telah banyak menyinggung perasaan kalian samaada dari segi ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, lakuan perbuatan yang tidak manis dipenglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi.. Al Maklumlah, aku ni hanya insan biasa. Banyak kelemahan & banyak lagi yang perlu aku cari untuk perbaiki kesilapan2 lampau. Sebagai umat islam dan manusia sejagat, aku mengambil peluang ini juga untuk sama2 kita mengeratkan semula hubungan silaturrahim..Jadikanlah kenangan semalam untuk kita simpan buat pedoman di hari depan & kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan mungkin ianya suatu penyeksaan..Kita harus bersedia dengan Dugaan Allah s.w.t. Oleh itu, Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..


Di kesempatan ini juga, aku bersama keluarga tercinta samaada keluarga angkat mahupun keluarga kandung, ku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..1 Syawal 1431H..

No comments:

Post a Comment