MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Friday, September 3, 2010

***Minum Air Waktu Sahur***


Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka jgnlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk, kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur." Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dlm tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dlm buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya..
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut & juga sebagai 'pengakutan nutrien' tidak organik. Air diperlukan dlm pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur..
Penyejatan air dari kulit & penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting utk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dr satu bahagian tubuh kebahagian lain, di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air utk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.
*Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
*Hormon ialah rembesan kelenjar yg bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain.
*Koenzim ialah sebahagian enzim yg diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies* kebusukan & luluhan bahan pada gigi). Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dlm air liur meningkat lbh drpd 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang pjg sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup utk membolehkan karies gigi berkembang. Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik utk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dlm kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut. Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada. Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yg ditemui masih hidup dlm keadaan yg sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari titisan air dalam bumi. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air. Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan. Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan & makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan & bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit. Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihadamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan. Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari & minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai). Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yg tersumbat dalam tubuh dibersihkan & terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid. Orang yang puasa hendaklah byk minum air ketika sahur & berbuka. Kurangnya air dlm tubuh blh menyebabkan dehidrasi (dehyration)-kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dr bahaya dehaidrasi & lain-lain penyakit. Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dgn minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain. Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

_______________________________________________________________________
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment