MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Tuesday, March 29, 2011

Lawak Hilang Ngantuk..

Alahai Mak Cik......... .
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi...nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

" JANJI TAU..!!"..

Burung Spesel

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami..
" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
" Ala takper....burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya....burung itu terus menyanyi lagu POP..
Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya..dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat...."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata....

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

============ ======
Mengandung Anak Gajah??????

Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang Menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat Kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka Lelaki bertanya pada wanita itu :

Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita dengan nada kesal)

Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu bertanya)Encik hamil juga ya?

Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya orang ya?

Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah belalainya keluar(sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Lelaki:????? ??????

Skandal Doktor

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku. Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya, "Tak perlu bimbang, orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"

Sunday, March 20, 2011

DUNIA DI PENGHUJUNG NYAWA

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis'.
- Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah :
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi? 'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.
'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dgn tetangga tidak baik.
'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.
'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'
-Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda : 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN
- DARI SEGI BAHASA : Yakin Dan Percaya
- DARI SEGI ISTILAH : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tetapi cuba untuk menghayati, jangan setakat tahu tetapi mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la juga kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Saturday, March 19, 2011

DOA UNTUK IBUBAPA..:)


Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya
Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
Memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
dan berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka
ya Allah...terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka..MasyaAllah...

Kasihnya Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mak
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mak
Bila nak bermanja... aku dekati mak
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk... yang memujukku cuma..mak
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..mak
Bila takut... yang tenangkan aku.. mak
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..mak
Aku selalu teringatkan ..mak
Bila sedih, aku mesti talipon... Mak
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada...Mak
Bila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah...Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...Mak
Bila ada masalah, yang paling risau...Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...Mak
Yang selalu berleter kat aku...Mak
Yang selalu puji aku...Mak
Yang selalu nasihat aku...Mak
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...Mak
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku

Bila sedih... aku cari Mak
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Mak
Bila bahagia... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka... aku peluk erat Mak
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku terlupa pada Mak
Bila sambut valentine... Aku hadiahkan bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. aku nak telefon Mak
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Mak

Renungkan:
Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Perjuangan mu bagai lilin yang membakar,
Bersinar menerangi kegelapan,
Rela Berkorban meredah onak berduri,
Jasa Bakti mu sejernih air di qhali,
Sinar cahaya murni mu menerangi keluhuran insan,
Kau lah insan yang bernama Ibu,
Ya Allah Engkau peliharalah kedua ibubapaku..sepertimana mereka membelaku dari kecil.
Jauh di sudut uslub kalbu ni sayu & pilu mengenangkan pergorbanan mu ibu tapi aku manusia yg selalu lalai, selalu lupakan ibu ku. Maaf kan diri ku wahai ibuku..:(

Friday, March 18, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .....Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

Thursday, March 17, 2011

MeNgHiLaNg???Oh..Tidak!!!

Selamat Datang dan Salam Istimewa buat kawan2 semua serta penggemar blog tercinta..
Rasenye sudah lame kite tidak bersua..Kesibukan yang telah melanda diri menyebabkan banyak cerita2 untuk dikongsi tertangguh dan akhirnya, semua cerita yang menarik tidak menjadi..huhu..Apakan daya..Manusia xpernah lari dari kesibukan...
Bila pulang ke kampung je..idea dan mase untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini akan tercetus..huhu..sepanjang dua bulan lebih aku tidak meng"update" blog aku..banyak xtvt2 yg telah aku jalankan dan akhirnya..kehidupan aku juga tidak sesempurna seperti sediakala..Ape pun, aku sangat puas dengan ape yang telah aku lakukan..aku sukakan kerjaya aku sekarang walaupun banyak dugaan dan rintangan..aku sayang sekolahku SMK Bandar Seri Alam..

Banyak perkara baru yang aku dapat belajar sepanjang karier aku baru 6bulan di sekolah ini..aku diamanahkan untuk menjadi SU Sukan Sekolah dan seterusnya membawa pelajar SMKBSA ke Kejohanan Renang MSSJ Johor 2011..

Sesi Latihan di Sekolah Jepun

Sesi Latihan Ragbi juga telah dilaksanakan utk Kejohanan MSSD PG SMKBSA 2011


Dalam masa yang sama, karnival sukan "1Murid, 1Sukan" juga telah dilangsungkan dengan jayanya..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ucapan setinggi penghargaan untuk warga SMKBSA 2011 yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan karnival ini..
Perasmian Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Pembukaan Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Ratu Gelek Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Final Futsal Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Final Bola Jaring Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Sukan Ping Pong Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Permainan Batu Seremban Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Permainan Karom Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Permainan Congkak Karnival Sukan "1Murid, 1Sukan" SMKBSA 2011

Aktiviti seterusnya adalah Larian Perdana Mahkota di SK Seri Alam 2..Di sinilah seorang pelajarku mencipta nama dgn membawa nama sekolah ke peringkat MSSM2011 di Sarawak..tp, malangnye time ni dia xde sbb sibuk bergambar dgn org PPD Pasir Gudang.

Larian Perdana Mahkota dan Larian Seri Alam 2011

Hebat Budak Nie..Belum Start Lagi Dah Bagi Amaran..Tp Akhirnya,..

Majlis Penyerahan Bendera Kejohanan Balapan dan Padang MSSD PG SMKBSA 2011


Kejohanan Balapan dan Padang MSSD PG SMKBSA 2011 di Smk Kota Puteri


Sambutan MaulidurRasul 1423H SMKBSA 2011


Kem Kepimpinan Pelajar SMKBSA 2011 di Savanah Hill..

Perlawanan Futsal guru-guru di Daerah Pasir Gudang..
Pertandingan 6 penjuru sekolah daerah Pasir Gudang..Dapat no3..Notbadla, sebab ade teammate men smpi muntah2..huhu

Pertandingan 8 penjuru Sekolah Rendah Jemputan Daerah Pasir Gudang..Dapat no2..Bile la nak dapat no1 ye..huhu..

Jangan Lupe..Rombongan Puan Zubaidah ke Felda Kledang sebagai LDK kami..

Perjalanan yang terindah...huhu

Kesimpulannya..ini adalah sebahagian aktiviti aku di sekolah sepanjang tahun 2011..Semoga ianya memberikan aku inspirasi menjadi insan yang akan terus cemerlang dan tunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi..Aminn..