MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Thursday, December 30, 2010

ANDAI AKU JADI RAJA SEHARI (Selamat Tahun Baru Hijriah 1432 H dan Tahun Baru 2011 M)

Salam Satu Malaysia Buat Sahabatku Semua..

Setelah sekian lama aku xupdate blog kesyganku ini..Akhirnya, dapat juga aku mencoretkan sedikit pengetahuan untuk dikongsi bersama sebelum kita melangkah ke tahun 2011. Alhamdulillah, semoga dipenghujung tahun ini kita semua diberikan kurnia kemampuan untuk menutupnya dengan berbagai kebajikan dan menghindari hura-hura atas kekusutan dipenghujung akhir tahun dalam menyambut Tahun Baru 2011.

Kita hidup didunia ini sebenarnya adalah sementara saja kerana, diakhirat kelak kita tinggal di dunia sprt hanya tinggal sehari, pada waktu petang atau pagi saja.
Allah ta'ala telah berfirman:
"Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal di dunia melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari. (QS. An-Nazia’at : 46)

Jadi sesungguhnya kita tinggal di dunia adalah sebuah 'KESEMPATAN' yang tidak akan berulang. Hal ini adalah sama dengan kisah berikut:

* Andai Aku Jadi Raja Sehari *

Dahulu ada sebuah Kerajaan yang sangat aman, rakyatnya makmur dan sentosa. Raja ini selalu memperhatikan dan mementingkan kesejahteraan rakyatnya. Sang Raja selalu mengelilingi negeri untuk melihat kisah hidup rakyatnya.

Suatu hari Sang Raja mendengar rintihan seorang pemuda yang kelaparan. Si Ibu dengan suara lemah mengatakan kepada anaknya bahwa dia sudah tidak mempunyai lagi makanan. Raja terkejut di negerinya masih ada rakyatnya yang kelaparan.

Sang Raja berfikir sebentar. Kemudian dia memberi kesempatan untuk Sang pemuda tadi. Dia memerintahkan pengikutnya untuk secara diam-diam membawa sang pemuda itu ke Istana ketika dia sedang tidur pada malam itu juga.

Ketika Pemuda itu tidur, secara diam-diam beberapa pengikut membawa pemuda tanpa diketahui sesiapapun termasuk pemuda itu sendiri.

Raja ingin memberikan jawatannya sebagai Raja selama sehari untuk si pemuda tersebut. Dia ingin tahu apa yang akan dilakukan si Pemuda.

Pagi harinya ketika terbangun dari tidurnya si pemuda tadi berasa hairan, di manakah dia berada? Segera beberapa pembantu istana menjelaskan bahwa dia saat ini berada di Istana kerajaan dan diangkat menjadi Raja.

Para Pembantu Istana sibuk melayaninya. Sementara itu di tempat tinggal si ibu merasa bingung dan cemas kerana dia mendapati anaknya hilang dari rumahnya. Di carinya kemana2 tapi sang anak pujaan hati tetap tak ditemui. Siang harinya sambil menangis dan bercucuran air mata si ibu pergi ke Istana Raja untuk meminta bantuan mencari anaknya ke pelosok negeri. Di gerbang Istana si ibu tertahan oleh Para Penjaga istana dan tidak diizinkan untuk bertemu dengan Raja.

Namun demikian, seorang Penjaga itu masuk ke dalam dan memberitahu kepada Sang Raja baru (Pemuda anak ibu tersebut) bahwa di luar Istana ada seorang ibu tua lusuh dan kelaparan yang sedang mencari anaknya yang hilang. Sang Raja kemudian memerintahkan untuk menyedekahkan satu karung beras kepada ibu tua miskin tersebut.

Malam harinya Sang Raja baru itu tidur kembali di kamarnya yang megah dan mewah. Ditengah malam, Sang Raja yang asli dengan Para Pembantunya secara diam2 kembali memindahkan pemuda yang sedang tidur lelap itu kembali ke rumah ibunya.

Esok pagi si ibu sangat gembira kerana telah menemukan kembali anaknya yang hilang kelmarin. Sebaliknya si Pemuda berasa hairan kenapa dia ada di sini kembali. Si ibu bercerita bahwa kelmarin dia mencarinya kesana-kemari hingga pergi ke Istana untuk minta bantuan, dan pulangnya dia diberi oleh Raja sekarung beras. Si Anak segera menyedari bahwa dialah kelmarin yang memberi sekarung beras itu.

Kemudian bergegas dia pergi ke Istana dan menghadap Raja, dengan luluh dia minta diangkat kembali menjadi raja. Walau hanya sehari. Sang Raja segera menolak dengan mengatakan bahwa waktu/kesempatannya menjadi raja sudah habis.

Si Pemuda tetap memohon, sambil menghiba-hiba Pemuda itu minta hanya sejam saja bahkan beberapa minit saja, tetapi Sang Raja tetap menolak permintaanya.

Sang Pemuda pulang dengan rasa kesedihan dan penyesalan. Kenapa dia sangat takbur ketika menjadi Raja sehari itu, seandainya dia menjadi seorang dermawan maka tidak hanya sekarung beras yang dia kirim tetapi mungkin berton-ton beras beserta lauk pauknya untuk bertahun-tahun yang dia kirimkan kepada ibunya. Juga akan memberikan apa saja untuk KEHIDUPAN SEBENARNYA...Dan itu semua seandainya dia tahu bahwa dia menjadi raja hanya sehari.

oOoOo

Sekarang yang menjadi Raja adalah kita, kita yang akan menentukan KEHIDUPAN SEBENARNYA di akhirat nanti...
Dan kita tahu, kita hidup di dunia ini seperti MENJADI RAJA SEHARI....Kitalah yang menentukan diri kita sendiri di kemudian hari...

Tapi yang menentukan kehidupan nanti bukan harta benda yang harus dibangkitkan dan dikumpulkan tetapi ianya adalah amalan2 kita...

Itulah analogi kehidupan kita sekarang. Kelak di akhirat yang abadi ada individu yang akan menyesal. Mereka tidak pernah atau tidak serius beramal untuk ke alam akhirat. Mereka tidak mengirim beras (pahala) yang banyak untuk kampung akhirat mereka.

Mereka menghiba-hiba kepada Allah swt agar di hidupkan kembali (dikembalikan ke dunia sekali lagi) :

“Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia agar kami bisa berbuat kebajikan yang amat banyak), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim." Allah berfirman: "Tinggallah dengan hina di dalamnya, dan janganlah kamu berbicara dengan Aku. “ (QS Al-Mukminun:107-108)

oOoOo

Ketika kita beramal, Sesungguhnya amalan itu untuk diri kita sendiri !

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang tamak, dan siapa yang tamak sesungguhnya dia hanyalah mementingkan dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (QS Muhammad:38).

Apakah kita ingin menjadi orang yang menyesal?? atau mulai banyak mengumpulkan amalan untuk membangun Istana Syurga kita di akhirat kelak???InsyaAllah...:)

SEMOGA DI TAHUN BARU INI...KITA LEBIH RINGAN MELANGKAH KE ARAH JALAN KEBAIKAN....
LUPAKAN MASA LALU....SAMBUT MASA DEPAN DENGAN LEBIH BAIK DAN SEMPURNA...
HARI INI HARUS LEBIH BAIK DARI HARI SEBELUMNYA...

Wassalam..;)*

Monday, December 20, 2010

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Khas untuk bakal-bakal pengantin...sumbangan ikhlas dari Buaya Merah...

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu bak lagu "kalau berpacaran". Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.