MaSa KiNi SeRiNg MeNCeMBuRui KiTa..TeRuS MeLaNgKaH Ke HaDaPaN & TiNgGaLkaN Yg Di BeLaKaNG..Yg BaiK DiJaDiKaN PaNdUaN HiDuP & KrG BaiK DiJaDiKaN PeNGaJaRaN..

Saturday, September 25, 2010

Meneruskan Perjuangan Murni..

Salam kepada kawan2..Semoga kalian sihat sejahtera dan berbahagia disamping orang yg tersyg..Esok tanggal 27 September 2010..Aku akan pergi ke SMK Spg Renggam untuk sesi taklimat bersama rakan2 DPLi 2009/2010 dan pegawai pendidikan Johor, sebelum aku terus berkhidmat di SMK Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.Harap perjalanan dan segalanya akan berjalan dengan lancar serta sempurna.Pejam celik sekejap je rasenya mase berlalu..Alhamdulillah kepada NYA kerana memberi aku dan rakan2 yg lain rezeki ini. InsyaAllah, aku berjanji akan melaksanakan tugasan yang diamanahkan ini dengan setulus ikhlas dan bukan kerana keperluan hidup semata2..Harapan aku agar kalian semua doakan perjalanan kerjaya aku akan diberkati serta aku doakan kalian begitu juga dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan daripada NYA..Coretan ku di blog ini bukan utk menceritkan ttg posting aku tetapi, untuk memohon restu dan kemaafan dari kawan2 kerana ku amat rasakan diri ini terlalu kerdil serta sering menyakiti hati kalian..Sebelum aku meneruskan perjuangan suci dan murni ini, aku memohon maaf sekali lagi serta mendoakan kawan2 ku juga berjaya dalam hidup di dunia mahupun di akhirat..Harapan aku agar kita sering mengingatkan antara satu sama lain serta memberi nasihat, teguran dan pandangan sekiranya kita sama2 melakukan kesilapan.. Akhir kata, Salam Aidilfitri dan jaga diri baik2 untuk kalian semua..:)

Thursday, September 23, 2010

KISAH BENAR


Kisah seorang gadis Melayu beragama Islam, tetapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya x pasti berapa jumlah denda yg dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ini bkn semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.

Ringkasnya, kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”Gadis tu terkejut.

Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dgn muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik dan orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya, untuk kebaikan.

Monday, September 20, 2010

PoSTING!!!

Dalam keindahan Bulan Ramadhan terakhir dan menjelangnya syawal 1431H. Aku dikejutkan dengan khabar berita yg begitu manis. Sedang aku dalam perjalanan ke Jb bersama2 rakan lain, aku diberitahu bahawa keputusan posting telah keluar dan aku di tempatkan di Negeri Tanah Air ku sendiri..tekala ktne..huhu..Alhamdulillah kerana dalam kegembiraan nak menyambut Raya Aidilfitri then, dapat berita yang sangat baik. Bersama-sama rakan yang lain, aku amat bersyukur pada Ilahi kerana kita dibukakan pintu rezeki disaat ini sebab dapat di postingkan juga, setelah 3 bulan kite menunggu. Ade hikmah disebalik kelambatan kita diposting terutama bagi diri aku sendiri sebab aku dapat mencari pengalaman berjumpa dengan pelbagai ragam manusia di dunia ini selepas aku bekerja sebagai pembanci di daerah aku. Kemudian, dalam bulan ramadhan lepas, kita dapat mendekatkan diri pada NYA dengan menunaikan ibadah puasa dan berterawikh dengan lebih baik dan sempurna. Walau apa pun, aku masih tak excited lagi untuk posting sebab dalam kepala aku nak abihkan raya dulu..huhu..cam budak2 je..Alhamdulillah, aku dapat menghabiskan raya tahun ini dengan baik dan penuh kesyukuran.

Buat kawan2 aku yang ada terbaca blog aku, aku minta maaf sebab aku banyak berbohong untuk menyatakan tempat aku di postingkan. Bukan sebab nak bohong tapi, aku suke bermain teka-teki dan aku masih belum blh bg jawapan sehingga aku dapat menyatakan di mana sekolah akan aku di tempatkan. Kadang2 aku meluat juga tgk kwn2 yg terlalu excited coz cam bdk2 sekolah je. Sepatutnya kita haruslah bersujud kesyukuran kepada NYA dan sama2 berdoa serta berusaha untuk menyiapkan diri bagi meneruskan perjuangan Lambaian Malar Hijau dengan mendidik anak bangsa ke arah lebih memantapkan kemajuan diri, keluarga serta Negara. Ini tidak, sibuk sangat dengan bertanya ke mana sekolah kita dapat. Rezeki kita sudah ada tapi, kita kenalah bersabar dan bukanlah kita perlu menunjuk sangat. Ape pun, kita masih berada di dalam bulan syawal yang mulia ini, aku ingin memohon maaf sebab aku banyak mengguris perasaan serta perlakuan yang boleh menyebabkan kalian terasa dan terluka serta tersinggung.

*** Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang pendidik yang bakal menggegar dunia dengan penuh keikhlasan dan keilmuan demi menjamin masa depan anak bangsa kita...

Menjelang Aidilfitri 1431H..

SEBELUM MENJELANG HARI RAYA
Rasenye dh lame aku xpost ape2 berita kat wall aku..tp, aku berasa puas raya pd thn ni cz aku dpt beraya umah kwn2 lama & jemput kwn2 dtg rumah aku..ape pun aku nk kongsi pengalaman sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri 1431H. Dua hari sebelum berhari raya, aku tlg mak aku anyam ketupat..ni hasil usaha aku sejak aku skolah dlu..sbb aku suke mencuba sesuatu yg baru..lg pn aku mula minat menganyam sbb tgk kwn aku terror gle anyam ketupat..so, aku rase tercabar sbb dia boy pn leh anyam..why not, aku xleh..huhu..

Alhamdullillah, dgn kebolehan yg dikurniakan itu, aku dpt tlg mak aku siapkn ketupat dlm 100 biji. Maklumlah duk umh je sbb xdpt posting lg. So, alang2 kt umh, berbaktilah utk keluarga..huhu..

Malam terakhir berpuasa, aku keluar ke JB ngn mmber baik aku “Muza”. Dh mmg jd tradisi kitorg ble nk raye mesti trn JB then cri brg2..huhu..even dia dh kwin pn, aku still respect with him cz xde perbezaan cm dlu.. yela wife dia pn amat memahami dan masih xde anak lagi la kata kan..

RAYA PERTAMA.
Pada raya pertama, aku berkumpul kat rumah jiran aku Dek Asz. Berbual2 smpai terlepas sembahyang raye..huhu..tu bkn tradisi then, blk rumah trs bersalam-salaman & maafan dgn keluarga. Makan2 ketupat dan lauk2 yg bermacam2, aku trs g Marhaban Blok aku. Follow sampai sembahyang Jumaat then, slps sembahyang jumaat smbg blk Marhaban. Akhirnya, selesai juga menghabiskan Marhaban Blok sebanyak 20 rumah. Pulang ke rumah dan terus bersiap beraya kat Hospital Sulatanah Aminah sebab melawat atok ku yg sakit tua..dia jela yg tinggal..

RAYA KEDUA
Kali ni, aku beraya bersama Muza, Eim (wife Muza), Naim dan Ain (awex Naim) *aku je solo..huhu.. Destinasi dituju adalah ke Air tawar 1 tempat Mak Long Muza & umah Ain then, kitorg ke Air Tawar 4 umah mmber Muza (Tumit)..beraya sambil mempelajari menanam pokok Roselle..sedap gak air dan asam dia then, dapat tapau asam Roselle. Perjalanan diteruskan ke Sg Mas (umah mmber banci aku) dan ke Bandar Mas tempat Atok Sedara Muza..kat cni la aku terlelap dan mendapat banyak ilmu serta hidayah untuk aku dan rakan2 lain kongsi bersama..ade 5 perkara yg beliau sampaikan sebelum kami pulang.
1) Tuntutlah ilmu sehingga akhir hayat krn tanpa ilmu kita akan lalai & mudah ditindas.
2) Jangan bersikap boros kerana itu amalan syaitan.
3) Setia pada yang satu seperti kita setia pada Allah S.W.T. sekiranya kita tidak jujur dan curang kepada pasangan kita maka, kita akan menerima balasan darinya.
4) Jangan bersikap kedekut dan perlu selalu menderma kerana setiap keikhlasan dalam pendermaan kita akan diberi rahmat dari pada NYA.
5) Jangan menghisap rokok kerana makanan Jin adalah asap dan tulang, sekiranya kita menghisap rokok di rumah terutama ada anak2 kecil kat rumah maka, ia mengundang bahana pada anak kecil itu.
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Tunggal (umah mmber aku) dan dapat tapau ayam kampong masak kicap. Dan kami ke umah mmber Eim kat Adela..sblm meneruskan perjalanan kami singgah makan kat Air Tawar 5, Restoran Hj Daud...punyalah rmai org..huhu..then trs ke Air Tawar 2. Sampai sna kami dipaksa makan nasi lagi..peh, pewut aku cam nk meletop..nak tolak nnti kecik ati then nk trima nnti rase tamak..adoi..huhu..akhirnya dapat gak aku plg ke rumah dgn memandu van Wak Selamad..huhu..

RAYA KEEMPAT
Istimewa raya kali ni, aku wat makan2 sikit sbb aku dpt rezeki sikit then aku dh nak posting. So, aku xmerancang pn nk wat majlis ni tp sudah suratan takdir then aku pn msg & calling la kwn2 lame utk dtg..Alhamdulillah, smuanya berjalan dgn lancar sbb, rmai kawan2 lame aku dtg..Terima Kasih byk2 untuk John, Ucop, Lan, Boy, Daus, Mamat, Moon, Izar, Jep, Are Tom, Rose, Sue, Sha, Alim & geng, Aceh Sekeluarga, Diya sekeluarga, Dayah sekeluarga dan Nani Sekeluarga. Memang terharu dgn kehadiran korang smua then, best gle dpt jumpa dan borak dgn kawan2 lama..huhu..InsyaAllah tahun dpn, kwn2 yg xdpt dtg sbb kje kali ni, aku akan wat beso2 pnya makan..im so sory 4 my fwenn yg dibritahu last mnt & xjmpt....

RAYA KESEMBILAN
Saat beraya di rumah kawan2 yg xdpt dtg umah aku sbb sibuk bekerja..pahamlah smua dh berkeluarga. Perjalanan bersama Ucop dan Lan ke Telok Sengat utk amik jeruk kt umah adeq angkat. Then, trs ke umah Atin kat Bestari Indah dan ke Kg Melayu Majidee utk menyaksikan Majlis pernikahan mmber Lan tp, ktorg terlewat dan akhirnya kami ke Taman Baiduri iaitu kawan sekerja Lan. Kemudian, kami sijejaka kesepian bergerak ke rumah John dan setiba di sana, keluarga besar John ada dtg..adoi..penuh rumah dia..huhu..selepas tu, kami bergerak ke rumah Jemi...kat sana kami berkumpul ramai2 (Jemi sekeluarga, John sekeluarga, Apex sekeluarga, Bibik sekeluarga, Atin sekeluarga, aku, Lan, Ucop je bujang..huhu) cam nak wat Marhaban plak..huhu..meriah gle then akhirnya kami menghabiskan perjalanan ke umah Apex..tinggi gle umah dia..ptot dia ngn wife dia slim..huhu...gurau je bro..next year aku g umah baru korg..huhu..apepn raya thn ni aku memang rasa bahagia sebab dapt jumpa kawan2 lama..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat smua..

Saturday, September 18, 2010

PERiNGaTaN UnTuK WaNiTa


Segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT diciptakan untuk kita semua. Kita semua pula dijadikan untuk suatu maksud yang mulia, untuk membawa sifat2 yang mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita menunaikan maksud ini Allah SWT akan memberi faedah daripada segala ciptaannya. Kalau kita abaikan maksud kita, kita tidak akan dapat manfaat daripada rupa & bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kita akan dapat kerugian.

Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar silaki mencari makan dan siperempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita & seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah SAW tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah RdA (seorang perempuan), Abu Bakar RdA (seorang lelaki), Ali KW (seorang budak), Zaid RdA(seorang hamba). Setiap macam orang dapat difahamkan maksud hidup mereka.

Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita (Khadijah RdA). Yang paling awal korban nyawa untuk agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah RdA). Yang paling awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita (Khadijah RdA).

Selepas Rasulullah SAW berjumpa Jibril AS, dipeluk, dsb. dan mendapat kenabian, yang beri dorongan utama & sympathiser utama adalah Khadijah RdA. Dia memujuk Rasulullah SAW dan membawanya berjumpa pakciknya Waraqah bin Naufal, yang mengatakan bahawa itulah malaikat seperti yang datang kepada Musa AS, dan kalau dia muda dia akan ikut Rasulullah SAW dan bersama Baginda SAW bila kaum Baginda SAW menghalau Baginda SAW. Rasulullah SAW ketakutan, dan Khadijah RdA bersimpati dan berakhlak baik dan dengan itu dapat sediakan hati Rasulullah SAW untuk memikul kenabian. Sejarah menunjukkan bahawa Nabi-nabi AS yang mendapat sokongan isteri-isteri mereka Rda lebih berhasil.

Wanita mempunyai kuasa yang besar. Kalau wanita beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia. Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulang ini dekat dengan hati-wanita sangat mudah untuk mempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islam menggunakan wanita untuk rosakkan Islam-mereka merosakkan wanita-wanita Islam.

Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap nabi AS lahir daripada wanita. Ada nabi AS
tiada bapa tapi tiada yang tiada ibu. Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh ibu.

Allah SWT telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaan bagaimana nak ambil kerja dari orang lain. Misalnya, dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergi
ke kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan untuk agama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragama jika dikehendaki oleh seseorang wanita itu. Gunalah hikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumahtangga kita jadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akan jadi tempat tersebarnya kesesatan.

Sahabat Amar bin Jamuh RdA mempunyai kaki yang tempang tetapi hati yang ingin keluar ke jalan Allah SWT di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan mengatakan bahawa beliau bukan betul2 nak pergi sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi. Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi & syahid di Uhud. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yg membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau telah diterima. Beliau dikebumikan bersama para syuhada' di Uhud.

Keinginan sahabiah RdA adalah supaya mereka bangun di hari qiamat dipanggil ibu kepada syahid, isteri kepada syahid, dsb. Hari ini keinginan kita adalah bagaimana
kita dapat rumah besar, dsb. Setiap sahabiah RdA berkeinginan untuk ahli keluarga mereka syahid lebih daripada keinginan kita untuk rumah besar. Ini semua kerana cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ketika Uhud wanita-wanita telah mendengar khabar angin bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Mereka bertanya kepada orang-orang yang balik daripada Uhud, mengapa mereka balik! Kalau begitu biarlah mereka yang balik ini memakai gelang-gelang mereka (yakni jadi perempuan) dan biarlah mereka yang pergi ke Uhud! Seorang wanita RdA diberitahu bapanya syahid, suaminya syahid, dan seterusnya, tetapi beliau bukan nak tahu ini - yang beliau nak tahu adalah samada Rasulullah SAW selamat. Bila beliau mengetahui yang Rasulullah SAW selamat, beliau syukur yang Rasulullah SAW selamat, yang bermakna agama selamat. Jika Rasulullah SAW tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, ugama tak juga selamat. Beginilah semangat mereka.

Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dalam rumahnya, Allah SWT akan buat sebab Allah SWT telah beri kebolehan kepada mereka. Di tempat saya ada seorang doktor yang isterinya kuat agama, dan dia ingin menyuruh suaminya simpan janggut. Dia tlh bermesyuarat dengan isteri tukang rambut dan menyuruhnya datang ke rumah & tajamkan pisau. Bila suaminya bertanya kenapa, dia kata dia nak cukur rambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh!" dan dia kata, "Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulullah SAW". Dengan itu suaminya mula simpan janggut. Allah SWT beri wanita kelebihan dan kebijaksanaan untuk bawa agama.

Wanita mempunyai tiga tanggungjawab. Yang pertama adalah ketaatan kepada suami. Ini sebahagian agama yang besar. Kalau seorang wanita tidak taat kepada suaminya, ibadatnya tidak diterima. Amal-amal lebihan yang hendak dibuat perlu minta izin suami, kalau tidak, tak dapat pahala. Apabila ada taat, ini menjadi asbab untuk suami-isteri berdua beragama dalam rumah dan berdua dalam syurga, di mana katil isteri sebelah katil suami. Kecantikan isteri lebih daripada jumlah kecantikan bidadari, nurnya lebih daripada jumlah nurbidadari, cintanya lebih daripada jumlah cinta bidadari, dan semua ini untuk selama-lamanya. Taat suami adalah penting. Sahabat RdA ingin sujud kepada Rasulullah SAW. Baginda SAW beritahu bahawa jika Allah SWT benarkan sujud kepada selain daripadaNya, Baginda SAW akan meyuruh isteri-isteri sujud kepada suami mereka. Apabila isteri taat kepada suami dan mempunyai azamah (kebesaran) suami, ibadatnya diterima dan sifat-sifat baik datang. Kasih-sayang pun datang dan membawa kemakmuran rumah-tangga. Kalau tidak, sebaliknya berlaku. Usahakanlah sifat taat ini. Memang tanggungjawab suami adalah untuk cari makan, tempat tinggal dsb. tapi kalau kerana usaha agama dia tak dapat nak tunaikan hak itu, isteri tak boleh tuntut. Sekali isteri-isteri Rasulullah SAW meminta hak mereka, dan Rasulullah SAW asingkan diri Baginda SAW daripada mereka selama sebulan. Berita angin yang Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda SAW telah tersebar, dan sahabat-sahabat RdA menangis.

'Umar RdA pergi minta izin untuk berjumpa Rasulullah SAW; tiga kali beliau RdA mencuba. Beliau RdA berkata yang beliau RdA bukan nak berpehak kepada anaknya Hafsah RdA, tetapi nak bincang perkara-perkara penting, barulah beliau RdA dibenarkan masuk. Setelah berbincang panjang, 'Umar RdA berkata bahawa wanita mereka Muhajirin) telah terpengaruh oleh wanita Madinah dan Rasulullah SAW pun senyum dan tak berapa marah lagi. Apabila ditanya samada Baginda SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda SAW, Baginda SAW telah menafikannya. 'Umar RdA minta izin untuk menghebohkan bahawa Rasulullah SAW tidak menceraikan isteri-isteri Baginda SAW. Ayat Qur'an telah turun yang bermaksud: Wahai Nabi, beritahu isteri-isteri kamu kalau mereka terima keadaan-keadaan sekarang bolehlah kekal isteri, atau kalau tidak, boleh lepas. Semua isteri Rasulullah SAW menangis dan minta maaf dan tak nak apa-apa.

Agamalah yang memberi hak kepada wanita. Kalau agama ada, adalah hak untuk wanita. Kalau tak, tak ada. Kalau orang sibuk untuk agama ini, dan kita minta hak pula, ini kezaliman besar. Pada hari kiamat, bukan mereka disoal, tapi kita disoal. Wanita ada usul, lelaki pun ada usul. Kalau wanita salah atau silap, janganlah kita marah. Sekali di rumah 'Aisyah RdA telah datang hidangan madu dari isteri lain untuk Rasulullah SAW. 'Aisyah telah baling madu itu tapi Rasulullah SAW tak marah. Kita kena bentuk mereka - seperti Rasulullah SAW, Baginda SAW biasa uli tepung, bersihkan rumah dsb. Hari ini kalau isteri kita sakitpun, dia kena kerja juga. Janganlah begitu.

Agamalah yang beri kepada kita hak. Tapi hak agama melebihi hak semua orang. Bila agama makin lenyap, maka lebihlah diperlukan kita memenuhi hak agama. Hari ini agamalah yatim yang terbesar - tak ada rumah yang mahu terima agama. Agama macam seorang bernama Abdul Ghafur yang dibesarkan dalam suasana di mana kalau kesalahan dibuat, ditegur oleh orang-orang tua. Kemudian orang-orang tua dah mati dan tinggallah Abdul Ghafur. Apabila dia membuat teguran, orang-orang muda tak terima dan disuruh keluar. Abdul Ghafur menangis. Dia berjumpa orang lain - Lala - yang bertanya sebab apa dia menangis. Lala pula bersimpati dengan Abdul Ghafur dan mengajaknya datang ke rumahnya dan mengatakan bahawa dia terima Abdul Ghafur. Begitulah hari ini dalam rumah orang Islam tak ada tempat untuk agama, tapi ada orang lain yang haus yang terima. Hari ini orang Amerika terima agama, dan orang Eropah terima agama, tapi orang Islam buang agama. Allah SWT tak perlukan kita; kita perlukan Allah SWT. Kalau kita tak mahu agama, Allah SWT boleh tendang kita dan
gunakan orang lain untuk sebarkan agama.

Tanggungjawab kedua para wanita adalah supaya mentarbiyah anak secara Islam, & mendorong orang-orang lelaki keluar ke jalan Allah SWT. Seramai mana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk ke dalam rumah dan sebanyak itulah keamanan & kemakmuran di dalam rumah. Tanggungjawab ketiga adalah untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan sifat malu harus dipupuk. Sembahyang lima waktu harus dijaga pada waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang. Masa ditetapkan untuk bacaan Qur'an. Masa ditetapkan untuk taalim harian. Dengan cara ini, rumah jadi macam masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.

Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, seperti Halimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah SAW yang yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan
rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan rahmat. Oleh itu doronglah orang lelaki rumah puan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puan beberapa bulan sekali untuk keluar bersama laki-laki. Di tempat kami, ada orang-orang miskin mendorong lelaki mereka keluar: "Allah SWT pelihara kami dan abang." Bila mereka habis wang dan nak balik, isteri mereka kata jangan balik dulu - mereka akan jahit,
dsb., dan hantar duit kepada suami. Bila mereka balik Allah SWT tambahkan berkat di rumah.

Wanita dibenarkan bekerja untuk jalan Allah SWT, seperti sahabiah-sahabiah RdA. Kalau keadaan tak cukup kerana agama - wanita dibenarkan kerja, tapi untuk
besarkan dunia - tak dibenarkan. Sekali Hassan RdA sakit, dan Ali KrW dan Fatimah RdA nazar untuk berpuasa tiga hari. Ali KrW pergi jumpa seorang yahudi dan ambil upah buat benang daripada kapas. Fatimah RdA tolong. Dapat upah bijirin dan buat tiga biji roti. Bila nak buka puasa datang seorang fakir dan minta sedekah. Tiga biji roti diberikan dan mereka buka puasa dan sahur dengan air dan tamar. Hari kedua
diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datang seorang miskin minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari ketiga diambil upah lagi dan roti
dibuat, dan kali ini datang seorang tawanan pula minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari keempat Rasulullah SAW datang, dan lihat Fatimah RdA
pucat. Allah SWT turunkan ayat dalam surah Adh-Dhahr memuji Ali KrW dan Fatimah RdA. Ia jadi asbab untuk agama tersebar.

Hari ini agama dalam keadaan teruk dan kita masih sibuk menambah harta, dan tak benarkan suami keluar ke jalan Allah SWT. Macamana agama akan tersebar!? Berilah nama untuk pergi negara jauh dan untuk suami. Kami nak lihat macamana masturat-masturat lama di sini buat kerja. Masa pun dah habis walaupun benda nak cakap tak habis. Wanita yang beri suami keluar pada hari kiamat akan dibangkitkan dengan keluarga anbia', siddiqin, syuhada' dan salihin. Wanita yg sediakan tempat tidur suami untuk keluar akan masuk syurga lima ratus tahun dahulu daripada suami mereka yang keluar...

Wednesday, September 8, 2010

♥ S@L@M @!D!LF!TR! 1431 H ♥



Ramadhan berlalu dalam ketaatan..
Syawal tiba penuh kesyukuran..
Salam Aidilfitri saya hulurkan..
Persaudaraan di bawah limpahan Ar Rahman..


Khas buat sahabatku dan sesiapa yg melawat blog aku yg xseberapa ini. Semoga dibulan yg penuh berkat ini, kalian semua dilindungi Rahmat dan sentiasa ceria selalu disamping orang yg tersyg..

Bulan Syawal bakal menjelma dan Bulan Ramadhan Al Mubarak semakin sampai dipenghujungnya. Semoga Allah s.w.t. menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang telah kita lakukan disepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan akan datang..InsyaAllah..Amin..:)

Salam dihulur pembuka bicara, semoga dibulan mulia ini, aku dapat memohon keampunan dan kemaafan dari kalian semua seandainya, aku telah banyak menyinggung perasaan kalian samaada dari segi ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, lakuan perbuatan yang tidak manis dipenglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi.. Al Maklumlah, aku ni hanya insan biasa. Banyak kelemahan & banyak lagi yang perlu aku cari untuk perbaiki kesilapan2 lampau. Sebagai umat islam dan manusia sejagat, aku mengambil peluang ini juga untuk sama2 kita mengeratkan semula hubungan silaturrahim..Jadikanlah kenangan semalam untuk kita simpan buat pedoman di hari depan & kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan mungkin ianya suatu penyeksaan..Kita harus bersedia dengan Dugaan Allah s.w.t. Oleh itu, Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..


Di kesempatan ini juga, aku bersama keluarga tercinta samaada keluarga angkat mahupun keluarga kandung, ku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..1 Syawal 1431H..

Tuesday, September 7, 2010

Hargai Pasangan Anda...

Saat dan kala ini..aku sering mengenangkan setiap pasangan yang bahagia dan pasangan yang berduka. So, ape yg ingin aku kongsikan ini adalah bukan hasil nukilan sebenar aku.Tp, aku tlh mengolah utk menjadikan ianya sebagai satu perkongsian & diharapkan ia menjadi satu pengajaran utk kita bersama...mari sama2 kite hayati...:)


Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya pandai dan jimat tetapi malas beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: ‘Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan dan cabaran ini.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan hensem, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yg cantik rupawan, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Sepatutnya kita kena ingat satu pesanan : ‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.’
Sejajar dengan firman Allah: ‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yg banyak.’ (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.
Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.
Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’ (Surah An-Nahl: 125).
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.
***Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Hargailah isteri anda.
Mulianya seorang isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Bila dah bersalin tu, susukanlah anak. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Tapi bila dah habis cuti tu. Layanlah suami, “offer” lah pada suami,
Nabi bersabda : Berjimak dgn isteri itu adalah pahala.
Orang lelaki xada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dr baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita.
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah, ganjaran Allah ke atasnya jua. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Tuhan. Ku tak layak ke syurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas darimu,"
"Ya Allah. Jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya) :
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
*hubby sy highlite tang merungut dan muncung itu...ouh, sy mmg suke muncung dgn hubby...InsyaAllah sy akan perbaiki...Amin*

***Hargailah pasangan anda serta ahli keluarga anda...selagi mereka masih bernyawa dan bertakhta dihati kita serta janganlah baru nak menghargai mereka disaat kehilangan dan ketiadaan mereka..walaupun masih belum lg dikurniakan zuriat, sbg anak jgn lah sesekali kt lupa pd kedua ibubapa...

Monday, September 6, 2010

♥ Mengapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana CINTA, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai sehingga ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH itu maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu ujian dan dugaan NYA untuk hambaNYA agar lebih redha dalam segala ketetapan ALLAH. InsyaAllah, dengan kesedihan itu akan bertukar menjadi kegembiraan..

Saturday, September 4, 2010

PERINGATAN TENTANG SOLAT!!!TIADA GUNA BERPUASA 1BULAN TANPA SOLAT...


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu atau lebih agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak!!!

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja,kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima waktu,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika
matahari naik).
3. Solat lima waktu tetapi solat sebuh selalunya diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat,contohnya solat zohor bila dah hampir
waktu asar,solat maghrib dah dekat waktu isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu @ cuti umum,solat
subuh diqadha (tak bangun le tu)
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat
sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak
dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah,amat jarang ataupun tidak pernah
solat di masjid atau surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10.Sentiasa berusaha solat di masjid @ surau secara berjemaah termsklah solat subuh.
11.Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat.
12.Solat lima waktu tetapi bila deman atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan,
qadha bila dah sihat.
13.Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik-kampung), solat
ditinggalkan,qadha kemudian bila sampai rumah.
14.Solat sekali seminggu,solat Jumaat sahaja.
15.Solat bila ada masalah.
16.Solat bila orang di sekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17.Solat sebulan sekali.
18.Solat setahun sekali,iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19.Solat seumur hidup sekali,itu pun disolat oleh orang bila dah meninggal.
20 Tak pernah solat langsung.Sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dlm Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah SWT adalah solat.Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain.Jika tidak,maka gagallah amalan-amalan yang lain.

Tidak gunanya amalan-amalan puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima....risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras.Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dlm apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu
dengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) sedara berjemaah dengan menjaga kekusyuk- kannya,bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita..InsyaAllah..:)

Friday, September 3, 2010

***Minum Air Waktu Sahur***


Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka jgnlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk, kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur." Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dlm tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w. Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dlm buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya..
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut & juga sebagai 'pengakutan nutrien' tidak organik. Air diperlukan dlm pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur..
Penyejatan air dari kulit & penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting utk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dr satu bahagian tubuh kebahagian lain, di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air utk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.
*Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
*Hormon ialah rembesan kelenjar yg bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain.
*Koenzim ialah sebahagian enzim yg diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies* kebusukan & luluhan bahan pada gigi). Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dlm air liur meningkat lbh drpd 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang pjg sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup utk membolehkan karies gigi berkembang. Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik utk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dlm kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut. Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada. Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yg ditemui masih hidup dlm keadaan yg sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari titisan air dalam bumi. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air. Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan. Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan & makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan & bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit. Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihadamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan. Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari & minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai). Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yg tersumbat dalam tubuh dibersihkan & terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid. Orang yang puasa hendaklah byk minum air ketika sahur & berbuka. Kurangnya air dlm tubuh blh menyebabkan dehidrasi (dehyration)-kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dr bahaya dehaidrasi & lain-lain penyakit. Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dgn minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain. Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

_______________________________________________________________________
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Thursday, September 2, 2010

.:MANDI HADAS:.

Sedikit pedoman buat tatapan semua.

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.

Selepas dikapan & disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis & gerun, kukunya yg tajam mencakar2 batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama2 binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah pun mengangkat jenazah kearah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati
binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.

Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dgn binatang tersebut. Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging & tulang jasad si mati itu dicakar & dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu & bertanya adakah ada perbuatan yg buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dgn "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan di berikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya...nauzubillah..

Wassalam.


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya. Saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-Azarudin Bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas kata beliau.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua, menghilangkan najis dibadan.
Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati & ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu, dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu, mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

Bagaimana Mengatasi Kekecewaan?



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
FAHAMI PUNCA MASALAH...
Fahami betul2 sebab yang menyebabkan anda menjadi kecewa. Selagi anda x benar-benar pasti punca yang menyebabkan anda kecewa, pastilahsukar untuk anda mencari jalan keluar dari kekecewaan tersebut. Adalah lebih mudah untuk mengatasi sesuatu perkara yang kita sendiri faham. Oleh itu, setelah betul-betul memahami punca-puncanya, maka mudahlah kita untuk cuba mencari jalan keluar daripada masalah itu.

FAHAMI PERASAAN ANDA...
Perasaan kecewa yang kita alami adalah umpama mimpi. Kadangkala ianya kurang berasas dan tidak bertapak. Oleh itu, kenali benar-benar perasaan kita yang sebenarnya itu. Cuba hayati tekanan yg kita hadapi itu. Apabila kita mengetahui sifat sebenar perasaan kecewa kita itu, maka barulah mudah untuk kita cuba melakukan sesuatu untuk mengatasinya.

IKHLAS DENGAN PERASAAN SENDIRI...
Jangan cuba menipu perasaan sendiri. Ini kerana kadangkala kita berasa kecewa bukan pada tempatnya. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa kecewa kerana rakannya lebih berjaya dalam peperiksaan. Tapi sebenarnya dia kecewa kerana rakannya itu juga adalah lebih cantik darinya. Malah kekecewaan kerana kurang cantik itu jauh lebih mengatasi kekecewaan kerana prestasi yang kurang baik dalam peperiksaan. Dalam hal ini, kita sengaja menokok-tambah beban-beban kekecewaan itu. Oleh itu, cuba ikhlas dengan perasaan sendiri. Cuba fokuskan punca sebenar kekecewaan. Apabila kita teliti dengan hati yang tenang, mungkin kita akan berasa bahawa punca sebenar kekecewaan itu adalah tidak berasas.

FAHAMI PUNCA KEKECEWAAN...
Cuba cari punca asas kita berasa kecewa dan cuba fahami benar-benar keadaan sebenar punca-punca itu. Tanya persoalan berikut:
*Adakah punca-punca itu tidak akan dapat diatasi? akan sentiasa berulang? akan berulang jika tidak melakukan sesuatu? salah diri sendiri? dianiaya? tidak
akan berlaku lagi?
*Bolehkah berlaku lagi atau dielakkan terus? Setelah memahami punca sebenar kekecewaan, dan sifat-sifat perkara yang menyebabkan kita kecewa itu, cuba fikirkan sama ada kekecewaan itu boleh disekat daripada berlaku lagi atau tidak? Sekiranya kita dapat membuat kesimpulan bahawa kekecewaan itu mungkin boleh dihindari pada masa-masa akan datang, maka ini bermakna kita sentiasa masih mempunyai harapan.

APAKAH CARA UNTUK MENGATASI KEKECEWAAN?
Ini adalah antara ubat kekecewaan. Apabila kita rasa kita sudah mahu bertindak untuk mengatasi kekecewaan, kita sebenarnya telah berjaya, iaitu berjaya dalam perjuangan untuk menguasai diri kita. Sebaliknya juga, apabila kita gagal memulakan langkah-langkah ke arah mengubati hati luka itu, selagi itulah kita dianggap masih gagal. Lantaran itu cuba atasi kekecewaan tersebut.

Antaranya adalah:
*Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
*Melupakan kekecewaan tersebut dan menanam tekad baru untuk tidak kecewa lagi.
*Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai
*Minta nasihat orang lain iaitu orang yang kita hormati atau segani.
*Jangan minta nasihat dari orang yang kita benci atau orang yang selalu sakitkan hati kita. Dalam kata lain, jangan tambah penyakit.
*Tidak kira apa nasihatnya, namun biasanya kesediaan orang lain itu memberi nasihat pun sudah cukup untuk melegakan perasaan kita.
*Jangan terlalu memanjakan perasaan
*Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan itu sepanjang masa. *Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
*Cuba lakukan aktivi lain yang dapat mengalihkan pemikiran anda dari masalah yang menimbulkan rasa kecewa itu. Bercampurlah dengan rakan-rakan yang lain dalam aktiviti luaran. Secara beransur-ansur, kita akan dapat melupakan perasaan kecewa itu. Walaupun kita akan memikirkannya semula setelah balik ke rumah, namun tahap kekecewaan itu pasti akan berkurangan.
*Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan ini perlu diluahkan. Kajian sains menunjukkan bahawa perasaan
tekanan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Oleh itu, perasaan tersebut perlulah diluahkan. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. Namun cara yang terbaik untuk meluahkan perasaan adalah dengan menceritakannya kepada orang yang dapat memahaminya dan dapat pula memberi kita jalan keluar kepada masalah tersebut.
*Orang yang dimaksudkan ini termasuklah cikgu, kaunselor, emak, kakak atau rakan2 yang kita rasa cukup dewasa dan cukup memahami kita.
*Biar pemikiran beransur2 mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang menguasai diri kita mula diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yg lebih lurus dan bertapak di bumi nyata. Malah kalau anda beruntung, anda tidak perlu mencari jalan untuk mengatasinya lagi kerana pemikiran rasional anda telah mengatasi rasa kecewa itu.

Tiada jalan pendek atasi kekecewaan Ingatlah bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya. Malah kejayaan yang manis itu perlu mengharungi pelbagai ranjau. Oleh itu, anda perlu faham bahawa jalan2 yang anda akan lalui untuk mengelakkan daripada berlaku lagi kekecewaan itu memerlukan masa yg cukup untuk dilaksanakan. Adakalanya langkah-langkah tersebut adalah berperingkat2 dan hanya akan membuahkan hasil dalam jangka panjang juga. Misalnya, pokok yang ditanam tidak akan berbuah esok pagi! Sekiranya ini difahami, maka dapatlah kita menghindari kekecewaan berganda iaitu kecewa kerana langkah-langkah yang dijalankan kurang memberi hasil. Banyak bersabar. Ingat pepatah Melayu "Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut perasaan? Boleh pengsan!" Oleh itu, apabila kita telah tenang, ikutlah akal supaya kita jadi cekal.

Bertawakal bermakna menyerahkan segala nasib kepada Allah setelah kita melakukan apa yang terdaya. Nabi Muhammad s.a.w. memberi contoh supaya menambat unta dan selepas itu bertawakal. Ini bermakna jika unta itu tidak diikat, bertawakal pun tak guna. Dalam kes untuk menghindari kekecewaan ini, kita pasrah kepada nasib hanya setelah kita melakukan segala usaha yang kita rasa mencukupi. Apabila kita yakin dgn tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah KETENTUAN ALLAH dan adalah HIKMAHNYA. Tanam keyakinan diri-Kekecewaan sering timbul dan berlarutan apabila kira kurang mempunyai keyakinan diri. Apabila kita kalah misalnya, kurang keyakinan diri menyebabkan kita rasa yang kita akan sentiasa kalah lagi. Ini menyebabkan kekecewaan kita sentiasa meningkat walaupun puncanya adalah satu sebab.

Wallahua'lam.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wednesday, September 1, 2010

IKLAN - Kisah Temuduga Satu Soalan

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,
"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.
"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua. "Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.
"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas, jawab calon ketiga.
"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.
"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dgn jwpn calon keempat tadi.
"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..............

HuHuHuHu....................